Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI (SYARIKAT PENGGANTI) 1985

Seksyen 8

(2)

Rizab statutori itu hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer belum terbit syarikat itu yang akan diumpukkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus dibayar penuh.

(3)

Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti―

(a)

peletakhakan yang dikuatkuasakan menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dianggap sebagai peletakhakan segala harta, hak dan liabiliti, selain tanah terkecuali dan harta ditetapkan, yang kepadanya Jabatan Telekom, Malaysia, berhak atau tertakluk kepada sebelum penghujung tahun perakaunan genap terakhir Jabatan Telekom, Malaysia, yang berakhir sebelum tarikh pemindahan dan sebagai telah dilakukan selepas sahaja penghujung tahun itu; dan

(b)

nilai apa-apa aset dan amaun apa-apa liabiliti Jabatan

Telekom, Malaysia, yang dianggap sebagai telah terletak

Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikan Pengganti) 13

hak ada syarikat pengganti menurut kuasa perenggan (a)

hendaklah dianggap sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diuntukkan kepada aset atau liabiliti itu bagi maksud penyata akaun yang bersamaan yang disediakan oleh Jabatan Telekom,

Malaysia berkenaan dengan tahun itu.

(4)

Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan mana-mana butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh Jabatan Telekom, Malaysia, sama ada secara memperoleh, menilai semula atau melupuskan apa-apa aset atau menanggung, menilai semula atau menyelesaikan apa-apa liabiliti, atau membawa apa-apa amaun kepada apa-apa peruntukan untuk rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

(5)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan untung kehasilan terkumpulnya hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa untung yang dihasilkan dan disimpan oleh Jabatan Telekom, Malaysia, telah dihasilkan dan disimpan oleh syarikat pengganti.

(6)

Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan Akta

Syarikat 1965.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, ―tahun perakaunan genap‖ ertinya sesuatu tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 322

Section 8 — AKTA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI (SYARIKAT PENGGANTI) 1985