Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Perenggan 4(d) hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1984 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
(3)
Seksyen 23 hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1985
dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
(4)
Perenggan 6(a), 6(b), 7(b), 7(c) dan 22 hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1987 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
(5)
Perenggan 4(a), 4(b), seksyen 8, 17 dan 19 hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 25 Oktober 1985.
(6)
Perenggan 24(b) hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 25 Oktober 1985.
Dengan syarat bahawa dalam mana perjanjian pinjaman jangka panjang—
*CATATAN—Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 45 tahun 1967] telah disemak sebagai Akta
Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543].
Kewangan (No. 2) 9
(i)
telah diikat dan wang yang dipinjamkan atau didepositkan di Malaysia telah diremitkan ke Malaysia sebelum 25
Oktober 1985 atau telah diikat dan baginya kebenaran telah diberi oleh Pengawal Pertukaran Asing di bawah Akta
Kawalan Pertukaran Wang 1953 pada atau sebelum 25
Oktober 1985; dan
(ii)
terma, syarat atau jangka masa pinjaman jangka panjang telah tidak diubahkan dengan apa jua cara pada atau selepas 25 Oktober 1985, bunga yang dibayar atau dikreditkan atas pinjaman itu hendaklah terus dikecualikan selama jangka masa pinjaman itu walaupun ditarik balik pengecualian yang diperuntukkan dalam perenggan 31 Jadual 6 kepada
Akta Cukai Pendapatan 1967.
(7)
Seksyen 18 hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1986.
Pindaan seksyen 2