Malaysia legislation
Section 125
Seksyen 125
Mana-mana orang yang bersalah atas suatu kesalahan terhadap Akta ini yang mana penalti tidak ada diperuntukkan baginya, boleh apabila disabitkan—
(a)
dikenakan denda tidak melibihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya;
(b)
jika kesalahan itu berterusan selepas orang itu telah disabitkan atas kesalahan itu, dikenakan denda tidak melebihi satu perlima denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan untuk sabitan yang awal itu untuk setiap hari yang kesalahan itu berterusan.
tidak boleh dibawa kepada Mahkamah melainkan jika segala kemudahan untuk menyelesaikannya seperti diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah syarikat bursa dan peraturan-peraturan pusat penjelasan atau di bawah Akta ini telah habis digunakan.