Malaysia legislation

Section 132

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 132

(a)

permohonan untuk pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran sebagai orang-orang berdaftar dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya;

(b)

menetapkan fee yang hendak dibayar untuk pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran sebagai orang-orang berdaftar;

(c)

menetapkan standard-standard yang sesuai berkenaan dengan kelayakan, pengalaman dan latihan bagi pemohon-pemohon untuk pendaftaran sebagai orang-orang berdaftar;

(d)

mengadakan peruntukan mengenai peperiksaan bagi pemohon-pemohon sebagai orang-orang berdaftar;

(e)

mengadakan peruntukan mengenai pengecualian bagi pemohon-pemohon itu daripada mengambil peperiksaan tertakluk kepada apaapa terma dan syarat sebagaimana yang ditetapkan;

(f)

menetapkan butir-butir yang hendak direkodkan dalam daftar-daftar yang disimpan di bawah Akta ini dan pemeriksaan daftar-daftar itu;

(g)

memberikuasa kepada Pesuruhjaya supaya membetulkan apa-apa kesilapan dalam sesuatu daftar yang disimpan di bawah Akta ini;

(h)

memberikuasa kepada Pesuruhjaya, apabila dibayar fee yang ditetapkan, supaya mengeluarkan perakuan-perakuan pendaftaran pendua sekiranya perakuan-perakuan pendaftaran yang asal atau perakuan-perakuan pendaftaran pendua itu hilang atau musnah;

(i)

menghendaki peniaga-peniaga dan penasihatpenasihat dagangan komoditi supaya mempamerkan perakuan-perakuan pendaftaranmereka itu di tempat-tempat urusan mereka;

(j)

mengadakan peruntukan mengenai permohonan menggunakan deposit yang dibuat oleh atau berkenaan dengan peniaga-peniaga;

(k)

menetapkan butir-butir yang hendak direkodkan dalam akaun-akaun yang disimpan oleh peniaga-peniaga atau berkenaan dengan akaun-akaun itu di bawah Akta ini;

(l)

menetapkan butir-butir yang hendak direkodkan dalam akaun-akaun untung-rugi dan kunci kira-kira dan maklumat yang hendak dimasukkan ke dalam laporan-laporan juruaudit yang dikehendaki dibuat di bawah Akta ini mengenai akaun-akaun tahunan bagi peniaga-peniaga;

(m)

menetapkan amalan-amalan perdagangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang berdaftar;

(n)

mengadakan peruntukan mengenai saraan seseorang juruaudit yang dilantik di bawah Akta ini dan mengenai kos sesuatu pengauditan yang dijalankan di bawah Akta ini;

(o)

menetapkan apa-apa jua borang bagi maksud maksud Akta ini;

(p)

menetapkan apa-apa jua perkara yang hendak ditetapkan atau yang boleh ditetapkan oleh peraturan-peraturan.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa sesuatu perlanggaran terhadap peruntukan-peruntukan yang tertentu adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti berupa denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(3)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat kaedah-kaedah untuk semua atau mana-mana daripada maksud berikut:

(a)

untuk menetapkan tugas-tugas dan fungsifungsi pekerja-pekerjanya;

nengenai permoyang dibuat olehiga-peniaga;

hendak direkodg disimpan oleh an dengan akaun-hendak direkod-g-rugi dan kunci endak dimasuk-juruaudit yang kta ini mengenai iaga-peniaga;

erdagangan yang g berdaftar;

enai saraan sesebawah Akta ini auditan yang dig bagi maksud-a yang hendak itetapkan oleh at di bawah ahawa sesuatu untukan yang an dan boleh tidak melebihi tempoh tidak isan Menteri, u mana-mana dan fungsi-

(b)

untuk menetapkan skim-skim dan syaratsyarat perkhidmatan termasuk kelakuan dan disiplin pekerja-pekerjanya;

(c)

untuk menetapkan terma-terma dan syaratsyarat pinjaman yang boleh diberikan kepada pekerja-pekerjanya menurut subseksyen (3) seksyen 9;

(d)

untuk menetapkan prosedur-prosedur kewangan untuk pentadbiran Kumpulan Wang;

(e)

untuk mengadakan peruntukan mengenai penjagaan harta Suruhanjaya dan penjagaan serta penggunaan meterai biasa Suruhanjaya itu;

(f)

untuk mengadakan peruntukan mengenai prosedur benkenaan dengan rayuan-rayuan kepada Suruhanjaya di bawah Akta ini dan mengenai pendengaran serta pemutusannya; dan

(g)

untuk mengadakan peruntukan mengenai apaapa perkara lain sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat untuk pentadbiran hal-ehwal Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 5.

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PEMANSUHAN.

KECUALIAN DAN PERALIHAN