Malaysia legislation

Section 139

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 139

Setiap orang, termasuk Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya yang, sebelum sahaja hari yang ditetapkan telah dipinjamkan oleh Kerajaan untuk berkhidmat dengan Majlis sebagai pegawai atau pengkhidmat dalam Sekretariat Majlis, boleh pada hari itu diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat Suruhanjaya, mengikut mana yang berkenaan, menurut subseksyen (2) seksyen 9 Akta ini, atas terma-terma dan syaratsyarat yang tidak kurang baiknya daripada apa yang didapati sebelum sahaja hari yang ditetapkan itu, melainkan pegawai atau pengkhidmat itu memilih untuk kembali ke dalam perkhidmat Kerajaan.