Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Jika Suruhanjaya berpendapat bahawa tindakan atau peninggalan oleh syarikat bursa, mana-mana anggota Lembaga Pengurusan atau mana-mana pegawai syarikat bursa di bawah seksyen 28, adalah dalam satu keadaan yang serius bagi membenarkan pembatalan kelulusan yang diberikan kepada syarikat bursa di bawah seksyen 19, Suruhanjaya boleh, daripada menggantung perdagangan di bawah seksyen 28, membuat syor kepada Menteri supaya membatalkan kelulusan yang diberikan olehnya kepada syarikat bursa itu.