Malaysia legislation

Section 56

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 56

(2)

Seseorang juruaudit tidak berhak untuk dilantik di bawah subseksyen (1) jika—

(a)

di mana peniaga itu seorang individu, dia seorang pekerja peniaga itu atau dia bekerja dengan mana-mana pekerja peniaga itu;

(b)

di mana peniaga itu suatu perbadanan, dia seorang pengarah atau pekerja perbadanan atau dia bekerja dengan mana-mana pengarah atau pekerja perbadanan itu; atau

(c)

di mana peniaga itu suatu firma, dia seorang pekongsi atau pekerja firma itu atau dia bekerja dengan mana-mana pekongsi atau pekerja firma itu.

(3)

Nama dan butir-butir tiap-tiap juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah diberikan kepada Pesuruhjaya secara bertulis dalam tempoh satu bulan perlantikan itu dibuat.