Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
(2)
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan-—
(a)
butir-butir mengenai hal-keadaan yang mengenainya peniaga itu dikatakan telah tidak memperakaunkan itu;
(b)
butir-butir mengenai wang dan urusan berdagang kontrak-kontrak hadapan yang mengenainya hal tidak memperakaunkan itu telah berlaku; dan
(c)
apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
(3)
Pernyataan-pernyataan di dalam sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditentusahkan dengan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon dan hendaklah, jika dibuat dengan suci hati dan tanpa niat jahat, diistimewakan.
(4)
Pesuruhjaya tidaklah boleh melantik seorang juruaudit di bawah subseksyen (1) melainkan jika dia berpuas hati bahawa---
(a)
pemohon ada sebab yang baik bagi membuat permohonan itu; dan
(b)
adalah untuk kepentingan peniaga, pemohon atau orang awam amnya supaya buku-buku, akaun-akaun dan rekod-rekod peniaga itu diperiksa, diaudit dan laporan dibuat mengenainya.
(5)
Jika Pesuruhjaya berpendapat bahawa kesemua atau apa-apa bahagian daripada kos dan perbelanjaan seorang juruaudit yang dilantik olehnya di bawah subseksyen (1) patut ditanggung oleh peniaga atau pemohon itu, Pesuruhjaya boleh, melalui perintah bertulis, mengarahkan peniaga atau pemohon itu membayar suatu amaun tertentu, iaitu amaun bagi kesemua atau sebahagian daripada kos dan perbelanjaan itu, dalam tempoh dan mengikut cara yang ditentukan.
(6)
Jika seorang peniaga atau pemohon tidak mematuhi sesuatu perintah di bawah subseksyen (5). amaun yang ditentukan dalam perintah itu boleh dituntut dan didapatkan kembali oleh Pesuruhjaya sebagai hutang dalam sesuatu mahkamah.