Malaysia legislation

Section 62

of AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985

Seksyen 62

(a)

memeriksa atas sumpah peniaga itu dan, jika peniaga itu adalah suatu perbadanan atau firma, mana-mana pengarah perbadanan atau pekongsi firma itu, mengikut mana yang berkenaan, dan mana-mana pekerja dan ejen peniaga itu dan mana-mana juruaudit lain yang dilantik di bawah Akta ini berhubungan dengan buku-buku, akaun-akaun dan rekod-rekod itu;

(b)

menghendaki peniaga itu dan, jika peniaga itu adalah suatu perbadanan atau firma, manamana pengarah perbadanan atau pekongsi peniaga, pemohon upaya buku-buku od peniaga itu didibuat mengenai-bahawa kesemua dan perbelanjaan lehnya di bawah leh peniaga atau melalui perintah u pemohon itu aitu amaun bagi i kos dan perngikut cara yang pemohon tidak subseksyen (5).ah itu boleh dileh Pesuruhjaya mah.

ntik di bawah tamat pemerik-dengannya dia n mengenainya antik di bawah dan mengaudit-rekod seorang an pemeriksaan ga itu dan, jika rbadanan atau erbadanan atau nana yang ber-erja dan ejen juruaudit lain ni berhubungan an dan rekod-ika peniaga itu firma, manaatau pekongsi

DAGANGAN KOMODITI firma itu, mengikut mana yang berkenaan, dan pekerja-pekerja serta ejen-ejen peniaga itu, supaya mengemukakan apa-apa buku, akaun dan rekod yang dipegang oleh atau bagi pihak peniaga itu berhubungan dengan urusannya;

(c)

menghendaki seseorang juruaudit yang dilantik oleh peniaga supaya mengemukakan apa-apa buku, akaun dan rekod yang dipegang olehnya berhubungan dengan urusan peniaga itu;

(d)

menghendaki pusat penjelasan supaya mengemukakan apa-apa buku, akaun dan rekod yang disimpan olehnya berhubungan dengan urusan peniaga itu;

(e)

menghendaki pusat penjelasan supaya memberi apa-apa maklumat dalam miliknya berhubungan dengan urusan peniaga itu;

(f)

mengambil kerja orang-orang yang difikirkannya perlu untuk membantunya menjalankan pemeriksaan dan pengauditan itu; dan

(g)

melalui suratcara bertulis di bawah tandatangannya, membenarkan seseorang yang diambil kerja olehnya melakukan, berhubungan dengan pemeriksaan dan pengauditan itu, apaapa perbuatan atau perkara yang boleh dilakukannya sendiri sebagai seorang juruaudit, kecuali untuk memeriksa seseorang atas sumpah, di bawah subseksyen ini.

(2)

Mana-mana orang yang, tanpa sebab yang munasabah, menolak atau tidak menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya, atau yang tidak mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat kepadanya, oleh seorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 59 atau 60 atau orang yang diberi kebenaran di bawah perenggan (g) subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.

(3)

Jika pusat penjelasan, tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi mana-mana permintaan yang dibuat kepadanya oleh seorang juruaudit yang dilantik di bawah seksyen 59 atau 60 atau orang yang diberi kebenaran di bawah perenggan (g) subseksyen (1), pusat penjelasan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit.

Section 62 — AKTA DAGANGAN KOMODITI 1985 | mylaw.my