Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986

Seksyen 11

Kuat kuasa ke belakang

(2)

Jika menurut seksyen ini sesuatu perakuan perintis itu hendak

40

Undang-Undang Malaysia dikuatkuasakan ke belakang dari suatu tarikh sebelum perakuan perintis itu diberikan—

(a)

apa-apa perbuatan atau perkara yang telah dilakukan atau yang telah berlaku bagi maksud Akta ibu semenjak tarikhitu dan yang tidak mungkin dilakukan atau tidak berlaku sekiranya perakuan itu telah berkuat kuasa pada tarikh itu hendaklah bila-bila masa perlu bagi maksud Akta ini dan

Akta ibu dikira sebagai tidak dilakukan atau tidak berlaku;

dan

(b)

jika perbuatan itu terdiri daripada pembayaran apa-apa cukai oleh sesuatu syarikat perintis, cukai itu hendaklah dibayar balik mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta ibu dengan seberapa segera yang boleh selepas tamatnya sembilan puluh hari dari hari pengeluaran bagi syarikat itu.