Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986

Seksyen 13

Erti syarikat berhubung dengan pertanian

Bagi maksud Bab ini, dalam hal permohonan untuk taraf perintis berkenaan dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan berhubung dengan pertanian, “syarikat” termasuk koperasi berasaskan pertanian, Persatuan Peladang Kawasan, Persatuan Peladang

Persekutuan, Persatuan Peladang Negeri, Persatuan Nelayan Kawasan,

Persatuan Nelayan Persekutuan, Persatuan Nelayan Negeri dan ketuanpunyaan tunggal, perkongsian atau persatuan yang semata-matanya melibatkan diri dalam pertanian:

Dengan syarat bahawa seksyen 23 hanya terpakai bagi sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.