Malaysia legislation
Section 14A
Seksyen 14A
Pelanjutan tempoh pelepasan cukai
(2)
Menteri dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan hendaklah menetapkan dalam suatu perintah statutori yang disiarkan dalam Warta aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan dan apa-apa kehendak lain bagi maksud mendapatkan lanjutan tempoh pelepasan cukai itu.
(3)
Tempoh pelepasan cukai lanjutan yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah bermula dari tarikh yang berikutan dengan berakhirnya tempoh pelepasan cukai di bawah seksyen 14 dan berterusan selama tempoh lima tahun.
(4)
Syarikat perintis hendaklah membuat permohonan bertulis kepada Menteri untuk melanjutkan tempoh pelepasan cukainya dalam masa tiga puluh hari atau suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri selepas berakhirnya tempoh pelepasan cukainya di bawah seksyen 14.
(5)
Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (4) diterima,
Menteri boleh meminta butiran lanjut atau apa-apa bukti tentang maklumat yang diberikan dalam permohonan itu yang difikirkannya perlu dan—
(a)
jika dia berpuas hati bahawa syarikat itu telah mematuhi kehendak seksyen ini, dengan persetujuan bertulis Menteri
Kewangan, memberi pelanjutan tempoh pelepasan cukai itu;
atau
(b)
jika dia tidak berpuas hati sedemikian, hendaklah menyebabkan suatu notis tentang keengganannya untuk memberikan pelanjutan itu dihantar kepada syarikat.
(6)
Pelanjutan suatu tempoh pelepasan cukai hendaklah diberikan
42
Undang-Undang Malaysia tertakluk pada terma dan syarat yang dikenakan dalam perakuan perintis atau perubahan terma dan syarat dalam perakuan itu.
(7)
Menteri dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan boleh mengubah terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 7(4)
dan (5) dalam perakuan perintis yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Tiada pelanjutan tempoh pelepasan cukai untuk permohonan bagi taraf perintis yang diterima pada atau selepas 1 November 1991