Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986

Seksyen 15

(a)

perniagaan itu hendaklah disifatkan sebagai telah terhenti buat selama-lamanya pada akhir tempoh pelepasan cukai bagi syarikat perintis itu;

(b)

berkenaan dengan perniagaan itu, syarikat perintis itu hendaklah disifatkan sebagai telah menubuhkan dan memulakan perniagaan baharu (kemudian daripada ini disebut “perniagaan selepas perintis”) pada hari berikutan dengan berakhirnya tempoh pelepasan cukainya itu;

(c)

syarikat perintis itu hendaklah membuat akaun bagi perniagaan perintisnya—

(i)

bagi tempoh tidak melebihi satu tahun bermula pada tarikh bila perniagaan perintis bagi syarikat itu bermula;

(ii)

bagi tempoh satu tahun yang berturut-turut selepas itu;

dan

(iii)

bagi tempoh tidak melebihi satu tahun berakhir pada tarikh bila tempoh pelepasan cukainya berakhir; dan

(d)

dalam membuat akaun pertama bagi perniagaan selepas perintisnya syarikat perintis itu hendaklah mengambil sebagai angka permulaan untuk akaun itu angka penutup berkenaan dengan aset dan liabilitinya seperti yang ditunjukkan dalam akaunnya yang lalu bagi tempoh pelepasan cukainya; dan akaun yang berikutnya bagi perniagaan selepas perintisnya hendaklah dibuat dengan membuat rujukan kepada angka penutup dalam akaun pertama itu, dan apa-apa akaun yang kemudiannya hendaklah disediakan sebegitu juga dengan membuat rujukan kepada angka penutup bagi akaun yang terdahulunya bagi perniagaan selepas perintisnya.

44

Undang-Undang Malaysia

(2)

Jika sesuatu syarikat perintis telah disifatkan sebagai ditubuhkan dan memulakan perniagaan selepas perintis dan akaun perniagaan selepas perintis itu dibuat hingga hari yang bersamaan dengan hari bila akaun tahunan perniagaan perintis itu telah dibuat—

(a)

tempoh asas (bagi tahun taksiran perniagaan perintis itu)

yang dalamnya jatuh hari mulanya perniagaan selepas perintis itu hendaklah menjadi bagi perniagaan selepas perintis itu tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

(b)

tidak ada apa-apa tempoh asas bagi perniagaan selepas perintis bagi mana-mana tahun taksiran yang mendahului tarikh yang pertama disebut itu.

Section 15 — AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986 | mylaw.my