Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Kuasa untuk mengarahkan dalam hal tertentu
(a)
apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada syarikat perintis dalam mana-mana tempoh perakaunan yang, kalau tidak kerana Akta ini, mungkin semunasabahnya dan sepatutnya telah dijangkakan kena dibayar mengikut perjalanan biasa perniagaan selepas berakhirnya tempoh itu hendaklah dikira—
(i)
sebagai tidak kena dibayar dalam tempoh itu akan tetapi sebagai kena dibayar pada suatu tarikh selepas tempoh itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah; dan
(ii)
jika tarikh itu adalah selepas berakhirnya tempoh pelepasan cukai bagi syarikat perintis itu, sebagai kena dibayar sedemikian pada tarikh tersebut sebagai sejumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan perniagaan selepas perintisnya; dan
(b)
apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh sesuatu syarikat perintis dalam masa satu tahun selepas berakhirnya tempoh
Penggalakan Pelaburan 45
pelepasan cukainya yang, jika tidak kerana Akta ini, mungkin semunasabahnya dan sepatutnya telah dijangkakan kena dilakukan mengikut perjalanan perniagaan biasa di sepanjang tempoh pelepasan cukainya hendaklah dikira sebagai tidak dilakukan dalam masa tahun itu tetapi sebagai telah dilakukan—
(i)
bagi maksud perniagaan perintisnya; dan
(ii)
pada suatu tarikh dalam tempoh pelepasan cukainya sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua
Pengarah.
Elaun modal