Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
berhubung dengan aktiviti perkilangan, perbelanjaan modal yang dilakukan di Malaysia sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 29(7)(a) dan subseksyen 29(8) bagi maksud pengembangan, pemodenan atau automasi kemudahan pengeluaran bagi aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang sama;
(b)
berhubung dengan perniagaan hotel, perbelanjaan modal
CATATAN—Dahulunya dikenali sebagai Kementerian, Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan—lihat
P.U. (A) 132/2019.
14
Undang-Undang Malaysia yang dilakukan di Malaysia sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 29(7)(c) dan subseksyen 29(8) bagi maksud pengembangan, pemodenan atau pengubahsuaian perniagaan hotel yang sama;
(c)
berhubung dengan projek pelancongan, perbelanjaan modal yang dilakukan di Malaysia sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 29(7)(d) dan subseksyen 29(8) bagi maksud pengembangan atau pemodenan projek pelancongan yang sama;
(d)
berhubung dengan aktiviti penyelidikan dan kemajuan atau perkhidmatan, perbelanjaan modal yang dilakukan di
Malaysia sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen 29D(6) dan (7), 29E(6) dan (7), dan 29F(6) dan (7) bagi maksud pengembangan atau pemodenan bagi aktiviti digalakkan yang sama; dan
(e)
berhubung dengan perkhidmatan berkaitan perkilangan, perbelanjaan modal yang dilakukan di
Malaysia sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 29(7)(e)
dan subseksyen 29(8) bagi maksud pengembangan atau pemodenan bagi aktiviti digalakkan yang sama.
“penyelidikan dalam syarikat” ertinya penyelidikan dan kemajuan yang dijalankan di Malaysia dalam suatu syarikat bagi maksud perniagaannya sendiri;
“penyelidikan dan kemajuan” ertinya apa-apa kajian sistematik, siasatan dan eksperimen yang melibatkan risiko novelti atau teknikal yang dijalankan dalam bidang sains atau teknologi dengan tujuan untuk mendapatkan pengetahuan baharu atau menggunakan hasil kajian untuk pengeluaran atau perbaikan bahan, alat, keluaran, hasil, atau proses, tetapi tidak termasuk—
(a)
kawalan mutu atau pengujian rutin bahan, alat atau keluaran;
(b)
penyelidikan sains sosial atau ilmu kemanusiaan;
(c)
pemungutan data rutin;
(d)
kaji selidik kecekapan atau kajian pengurusan;
Penggalakan Pelaburan 15
(e)
penyelidikan pasaran atau penggalakan penjualan;
(f)
pengubahsuaian atau pengubahan rutin bagi bahan, alat, keluaran, proses atau kaedah pengeluaran; atau
(g)
pengubahsuaian kosmetik atau pengubahan stilistik bagi bahan, alat, keluaran, proses atau kaedah pengeluaran;
“perakuan perintis” ertinya suatu perakuan perintis yang diberikan di bawah seksyen 7 atau mana-mana perakuan itu sebagaimana yang dipinda;
“perniagaan hotel” ertinya penjalanan sesuatu perniagaan dalam hotel di mana perniagaan itu mengadakan tempat tidur dan mungkin termasuk mengadakan makanan, minuman dan perkhidmatan atau kemudahan lain dan pemberian konsesi bagi mana-mana bahagian hotel itu bagi maksud yang berkaitan dan bersampingan dengan penggalakan pelancongan;
“perniagaan perintis” ertinya perniagaan suatu syarikat perintis yang berhubungan dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan syarikat itu yang dijalankan olehnya dalam tempoh pelepasan cukainya;
“perniagaan pra perintis” ertinya perniagaan suatu syarikat perintis berhubungan dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan syarikat itu yang dijalankan olehnya sebelum bermulanya tempoh pelepasan cukai itu;
“perniagaan selepas perintis” ertinya perniagaan suatu syarikat perintis yang disifatkan di bawah seksyen 15 sebagai telah ditubuhkan dan bermula pada hari berikutan dengan berakhirnya tempoh pelepasan cukainya itu;
“Persatuan Nelayan Kawasan”, “Persatuan Nelayan Persekutuan”
dan “Persatuan Nelayan Negeri” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Persatuan Nelayan 1971 [Akta 44];
“Persatuan Peladang Kawasan”, “Persatuan Peladang Persekutuan”
dan “Persatuan Peladang Negeri” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Persatuan Peladang 1967
CATATAN—Akta Persatuan Peladang 1967 [Akta 22 Tahun 1967] telah dimansuhkan oleh Akta
16
Undang-Undang Malaysia
[Akta 22 tahun 1967];
“pihak berkuasa tertakrif” ertinya Menteri dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan;
“projek pelancongan” ertinya suatu projek, selain perniagaan hotel, yang khususnya dijalankan bagi maksud yang berkaitan dengan penggalakan pelancongan dan didaftarkan dengan Kementerian
Pelancongan, Seni dan Budaya;
“standard diluluskan”, yang berhubungan dengan sesuatu hotel, ertinya standard sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tertakrif;
“syarikat” ertinya suatu syarikat—
(a)
yang diperbadankan di
Malaysia di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; dan
(b)
yang bermastautin di Malaysia dalam tahun asas bagi sesuatu tahun taksiran;
“syarikat berkaitan”, berhubung dengan sesuatu syarikat, ertinya suatu syarikat—
(a)
yang pengendaliannya dikawal atau boleh dikawal, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, oleh syarikat yang mula-mula disebut;
(b)
yang mengawal atau boleh mengawal, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, pengendalian syarikat yang mula-mula disebut; atau
(c)
yang pengendaliannya dikawal atau boleh dikawal, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, oleh seseorang yang mengawal atau boleh mengawal, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, pengendalian syarikat
Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109] yang berkuat kuasa pada 1 November 1973 – lihat seksyen 36
Akta 109.
CATATAN—lihat seksyen 51 Akta A1468.
CATATAN —Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017 —lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Penggalakan Pelaburan 17
yang mula-mula disebut:
Dengan syarat bahawa sesuatu syarikat hendaklah disifatkan sebagai suatu syarikat berkaitan kepada suatu syarikat lain jika—
(i)
sekurang-kurangnya dua puluh peratus daripada modal syer diterbitkannya dimilik secara benefisial, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, oleh syarikat yang lain itu; atau
(ii)
sekurang-kurangnya dua puluh peratus daripada modal syer diterbitkan syarikat yang lain itu dimiliki secara benefisial, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, oleh syarikat yang pertama disebut;
“syarikat berteknologi tinggi” ertinya suatu syarikat yang terlibat dalam aktiviti digalakkan atau dalam pengeluaran keluaran digalakkan dalam bidang teknologi yang baharu dan memuncul;
“syarikat kecil”, melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya, ertinya suatu syarikat—
(a)
yang diperbadankan di Malaysia menurut Akta Syarikat 1965; dan
(b)
yang bermastautin di Malaysia dalam tahun asas bagi sesuatu tahun taksiran, yang wang pemegang syernya pada tarikh pemberian taraf perintis dan pengeluaran perakuan perintis tidak melebihi suatu amaun yang diisytiharkan, dari semasa ke semasa, oleh Menteri dalam perintah statutori yang disiarkan dalam Warta;
“syarikat latihan teknikal atau vokasional” ertinya suatu syarikat yang menyediakan latihan teknikal atau vokasional di Malaysia;
**“syarikat penyelidikan dan kemajuan” ertinya suatu syarikat yang diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan
CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
**CATATAN—lihat seksyen 63 Akta 833
18
Undang-Undang Malaysia di bawah seksyen 4H untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan kemajuan di Malaysia kepada syarikat berkaitannya atau kepada mana-mana syarikat lain;
*“syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak” ertinya suatu syarikat yang diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan di bawah seksyen 4H untuk menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan kemajuan di Malaysia hanya kepada syarikat selain syarikat berkaitannya;
“syarikat perintis” ertinya suatu syarikat yang diperakui oleh suatu perakuan perintis menjadi suatu syarikat perintis berhubung dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang berkenaan dengannya tempoh pelepasan cukai belum lagi berakhir atau belum lagi tamat;
“tempoh pelepasan cukai”, berhubungan dengan suatu syarikat perintis, ertinya tempoh yang ditentukan mengikut seksyen 14 dan apa-apa pelanjutan tempoh itu di bawah seksyen 14A;
“tempoh perakaunan” ertinya suatu tempoh yang akaun telah dibuat baginya mengikut perenggan 15(1)(c);
“wang pemegang syer” ertinya amaun agregat modal berbayar sesuatu syarikat (berkenaan dengan syer keutamaan dan syer biasa dan tidak termasuk apa-apa amaun berkenaan dengan syer bonus setakat yang syer itu dikeluarkan daripada rizab modal yang diwujudkan dengan cara penilaian semula aset tetap), rizab (selain apa-apa rizab modal yang telah diwujudkan dengan cara penilaian semula aset tetap dan peruntukan bagi susut nilai, pembaharuan atau penggantian dan penghausan nilai aset), baki akaun premium syer (tidak termasuk apa-apa amaun yang dikreditkan di dalamnya atas kehendak menerbitkan syer bonus dengan premium daripada rizab modal yang diwujudkan dengan cara penilaian semula aset tetap), dan baki akaun pengasingan untung dan rugi.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), dalam hal sesuatu industri, selain industri pengilangan, Akta ini hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang perlu; dan, berhubungan dengan mana-mana industri seperti itu, tanpa menjejaskan keluasan
*CATATAN—lihat seksyen 63 Akta 833
Penggalakan Pelaburan 19
peruntukan yang tersebut di atas—
(a)
sebutan mengenai pembinaan boleh diketepikan jika ia tidak berkenaan;
(b)
sebutan mengenai suatu keluaran boleh ditafsirkan sebagai sebutan mengenai aktiviti yang bersesuaian dengan industri yang berkenaan;
(c)
sebutan mengenai pengeluaran suatu keluaran boleh ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penjalanan aktiviti atau aktiviti-aktiviti itu (sebutan mengenai pengeluaran suatu keluaran digalakkan yang berkaitan boleh ditafsirkan sewajarnya);
(d)
sebutan mengenai hari pengeluaran boleh ditafsirkan sebagai sebutan mengenai harinya sesuatu syarikat perintis mula mengeluarkan keluaran digalakkannya yang berkaitan sebanyak kuantiti boleh dipasarkan atau menjalankan aktiviti atau aktiviti-aktiviti itu secara komersial; dan
(e)
sebutan mengenai suatu kilang boleh ditafsirkan sebagai sebutan mengenai premis di mana aktiviti digalakkan ada dijalankan atau, jika sesuatu pentafsiran itu tidak sesuai, boleh diketepikan.
(3)
Seksyen 136 Akta ibu hendaklah terpakai bagi fungsi Ketua
Pengarah di bawah Akta ini sebagaimana ia terpakai bagi fungsinya di bawah Akta ibu.
(4)
Jika Akta ini membuat peruntukan mengenai apa-apa pendapatan supaya dikecualikan daripada cukai di bawah Akta ibu, pendapatan yang berkenaan itu hendaklah diketepikan bagi maksud
Akta ibu.
(5)
Tertakluk pada subseksyen (1) hingga (4), jika sesuatu perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam Akta ini ada ditakrifkan pengertiannya (atau mempunyai erti yang diberikan kepadanya) oleh mana-mana peruntukan dalam Akta ibu, sama ada bagi maksud Akta itu pada keseluruhannya atau bagi maksud mana-mana peruntukannya yang khusus, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, perkataan atau ungkapan itu hendaklah
20
Undang-Undang Malaysia dalam Akta ini mempunyai erti sebagaimana yang ditakrifkan atau diberikan sedemikian itu.
Pemakaian galakan ini hanya bagi syarikat