Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986

Seksyen 4

Penentuan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan

(2)

Suatu senarai aktiviti digalakkan dan keluaran digalakkan yang ditentukan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan melalui perintah statutori dalam Warta.

(3)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), Menteri boleh mengambil pertimbangan perkara yang berikut:

(a)

sama ada atau tidak dijalankan apa-apa aktiviti atau dikeluarkan apa-apa keluaran di Malaysia secara komersial yang sesuai dengan kehendak atau pembangunan ekonomi

Malaysia atau tidak dijalankan ataupun dikeluarkan langsung; atau

(b)

sama ada—

(i)

prospek yang baik untuk memajukan lagi aktiviti atau keluaran itu; atau

(ii)

kekurangan kemudahan di

Malaysia untuk membolehkan aktiviti itu dijalankan atau suatu keluaran dikeluarkan secara komersial sesuai dengan kehendak ekonomi.

(c)

(Dipotong oleh Akta A862).

Penggalakan Pelaburan 21

(4)

Menteri boleh berunding dengan mana-mana orang atau pertubuhan sebagaimana yang difikirkannya patut pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1).

(5)

Menteri boleh dari semasa ke semasa mengkaji semula senarai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang ditentukan di bawah subseksyen (1) dan boleh membuat tambahan, perubahan atau pindaan kepada atau potongan daripada senarai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan itu.

Aktiviti atau keluaran yang disifatkan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan