Malaysia legislation
Section 4G
Seksyen 4G
(2)
Mana-mana syarikat boleh membuat permohonan secara bertulis kepada Menteri untuk diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan, dan Menteri boleh mengenakan apa-apa prasyarat bagi permohonan itu.
(3)
Mana-mana syarikat yang memohon untuk diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan hendaklah menyatakan bahawa syarikat itu menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan kemajuan di bawah Akta ini dan mematuhi apa-apa prasyarat yang dikenakan bagi permohonan itu.
(4)
Apabila permohonan di bawah subseksyen (2) diterima, Menteri boleh meminta apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang berhubungan dengan permohonan itu, sekiranya perlu.
CATATAN—lihat seksyen 62 Akta Kewangan 2021 [Akta 833] mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022
24
Undang-Undang Malaysia
Pemberian taraf penyelidikan dan kemajuan