Malaysia legislation

Section 4I

of *AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986

Seksyen 4I

Jika suatu syarikat telah diberikan dengan suatu kelulusan di bawah subseksyen 4H(1) gagal untuk mematuhi syarat di bawah subseksyen 4H(1) dan (2), Menteri hendaklah melalui notis secara bertulis menghendaki syarikat itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyerahan notis itu untuk memulihkan kegagalan itu atau untuk membuktikan sehingga memuaskan hati Menteri bahawa kegagalan itu disebabkan oleh sebab yang di luar kawalan syarikat itu.