Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986

Seksyen 5

Undang-Undang Malaysia

(1)

Mana-mana syarikat atau orang yang bercadang hendak mendaftarkan suatu syarikat, yang berhasrat hendak menubuhkan atau menyertai dalam suatu aktiviti digalakkan atau hendak mengeluarkan suatu keluaran digalakkan dan berniat supaya suatu kilang dibina, atau jika kilang telah sedia ada, diduduki di Malaysia bagi maksud itu, bolehlah membuat permohonan bertulis kepada Menteri untuk taraf perintis, atau minta supaya diberikan taraf perintis apabila syarikat

Penggalakan Pelaburan 27

yang dicadangkan itu telah didaftarkan, berhubung dengan aktiviti atau keluaran itu dan juga kilang itu:

Dengan syarat bahawa jika permohonan dibuat oleh sesuatu syarikat yang berhasrat hendak menubuhkan atau menyertai sesuatu aktiviti digalakkan atau hendak mengeluarkan sesuatu keluaran digalakkan dan syarikat itu dikuasai secara langsung atau secara tidak langsung oleh—

(a)

suatu syarikat perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 27 yang menyertai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang sama seperti syarikat itu;

(b)

suatu syarikat yang diberi taraf perintis berhubung dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang sama seperti syarikat itu; atau

(c)

suatu syarikat selepas perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 27 dan tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 29(2)(b) atau 29(2)(c)

telah berakhir, permohonan itu akan dipertimbangkan jika ia memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Menteri dalam perintah statutori yang hendaklah disiarkan dalam Warta.

(1A)

Mana-mana syarikat atau orang yang bercadang hendak mendaftarkan suatu syarikat, yang berhasrat hendak menubuhkan atau menyertai dalam suatu aktiviti atau hendak menyertai dalam mengeluarkan suatu keluaran yang penting dari segi nasional dan strategi bagi Malaysia dan berniat supaya suatu kilang dibina, atau jika kilang telah sedia ada, diduduki di Malaysia bagi maksud itu, boleh membuat permohonan bertulis kepada Menteri bagi taraf perintis, atau meminta supaya diberikan taraf perintis apabila syarikat yang dicadangkan itu telah didaftarkan, berhubung dengan aktiviti atau keluaran itu dan juga kilang itu:

Dengan syarat bahawa sesuatu syarikat yang sedang beroperasi di

Malaysia boleh, jika ia memenuhi apa-apa syarat sebagaimana yang

28

Undang-Undang Malaysia ditentukan oleh Menteri, membuat permohonan bertulis kepada

Menteri bagi mendapat taraf perintis.

(1B)

(Dipotong oleh Akta A1468).

(1C)

Mana-mana syarikat atau orang yang bercadang hendak mendaftarkan suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak, yang berhasrat hendak menubuhkan atau menyertai dalam suatu aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan kemajuan dan berniat supaya suatu kilang dibina, atau jika kilang telah sedia ada, diduduki di Malaysia bagi maksud itu, boleh membuat permohonan bertulis kepada Menteri untuk taraf perintis, atau meminta supaya diberikan taraf perintis apabila syarikat yang dicadangkan itu telah didaftarkan, berhubung dengan aktiviti itu dan juga kilang itu.

(1D)

(a)

Mana-mana syarikat atau orang yang bercadang hendak mendaftarkan suatu syarikat berteknologi tinggi, yang berhasrat hendak menubuhkan atau menyertai dalam suatu aktiviti digalakkan atau hendak mengeluarkan suatu keluaran digalakkan dalam bidang teknologi yang baharu dan memuncul dan berniat supaya suatu kilang dibina, atau jika kilang telah sedia ada, diduduki di Malaysia bagi maksud itu, boleh membuat permohonan bertulis kepada Menteri untuk taraf perintis, atau meminta supaya diberikan taraf perintis apabila syarikat yang dicadangkan itu telah didaftarkan, berhubung dengan aktiviti atau keluaran itu dan juga kilang itu.

(b)

Sesuatu syarikat perintis atau sesuatu syarikat yang telah diberikan taraf perintis di bawah subseksyen 6(1) berkenaan dengan sesuatu permohonan di bawah subseksyen 5(1) atau kelulusan di bawah subseksyen 27(1) hendaklah layak memohon untuk taraf perintis di bawah perenggan (1D)(a) berkenaan dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang sama:

Dengan syarat bahawa tempoh pelepasan cukai bagi syarikat perintis itu atau tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah perenggan 29(2)(b) atau 29(2)(c) telah berakhir.

(c)

Mana-mana syarikat atau orang yang bercadang untuk mendaftarkan suatu syarikat di Malaysia, yang berhasrat hendak menubuhkan suatu makmal ujian peranti perubatan di Malaysia, boleh membuat suatu permohonan bertulis kepada Menteri untuk taraf perintis dengan syarat bahawa permohonan itu diterima dari

Penggalakan Pelaburan 29

8 September 2007 hingga 31 Disember 2012.

(1DA) (Dipotong oleh Akta A1468).

(1DB) Mana-mana syarikat atau orang yang bercadang hendak mendaftarkan suatu syarikat di Malaysia, yang berhasrat hendak menubuhkan atau menyertai suatu aktiviti digalakkan atau mengeluarkan suatu keluaran digalakkan dalam industri terpilih dan berniat supaya suatu kilang dibina atau jika kilang telah sedia ada, diduduki di Malaysia bagi maksud itu, boleh membuat suatu permohonan bertulis kepada Menteri bagi taraf perintis untuk aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4D, dengan syarat bahawa permohonan itu diterima pada atau selepas tarikh sebagaimana yang disiarkan oleh perintah statutori dalam Warta:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu permohonan dibuat oleh suatu syarikat yang menyertai atau berhasrat hendak menyertai dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui atau menyediakan perkhidmatan penjimatan tenaga di Malaysia, yang telah ditetapkan sebagai aktiviti yang digalakkan di bawah seksyen 4D, selain untuk kegunaan sendiri, dan syarikat itu dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh—

(i)

syarikat perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 27I yang menyertai aktiviti digalakkan yang sama seperti syarikat itu;

(ii)

suatu syarikat yang diberikan taraf perintis berhubung dengan aktiviti digalakkan yang sama seperti syarikat itu;

atau

(iii)

suatu syarikat selepas perintis atau suatu syarikat yang telah diberikan kelulusan bagi maksud sesuatu elaun cukai pelaburan di bawah seksyen 27I dan tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 29J telah berakhir, permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Menteri jika permohonan itu diterima dari 8

September 2007

hingga 31 Disember 2015.

(1DC) Mana-mana syarikat atau orang yang bercadang hendak

30

Undang-Undang Malaysia mendaftarkan suatu syarikat di Malaysia, yang berhasrat hendak menubuhkan atau menyertai suatu aktiviti digalakkan atau mengeluarkan keluaran digalakkan dalam industri modul komponen automatif dan berniat supaya suatu kilang dibina, atau jika kilang telah sedia ada, diduduki di Malaysia bagi maksud itu, boleh membuat suatu permohonan bertulis kepada Menteri bagi taraf perintis untuk aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4E, dengan syarat bahawa permohonan itu diterima pada atau selepas tarikh ditetapkan dalam perintah statutori yang disiarkan dalam Warta.

(1DD) (a) Mana-mana syarikat yang berhasrat hendak mengusahakan pelaburan semula di Malaysia, berhubung dengan suatu aktiviti digalakkan atau mengeluarkan suatu keluaran digalakkan, boleh membuat suatu permohonan bertulis kepada Menteri bagi taraf perintis untuk aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang sama sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 4F:

Dengan syarat bahawa—

(i)

permohonan itu diterima pada atau selepas tarikh sebagaimana yang disiarkan oleh perintah statutori dalam

Warta; dan

(ii)

bagi suatu syarikat perintis, tempoh pelepasan cukai bagi syarikat itu berhubung dengan aktiviti digalakkan itu atau pengeluaran keluaran digalakkan itu di bawah seksyen 14,

14A atau 14C atau tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 29, 29A, 29AA, 29B, 29G, 29J, 29K atau 29N telah berakhir.

(b)

Mana-mana syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak yang berhasrat hendak mengusahakan pelaburan semula di Malaysia, berhubung dengan suatu aktiviti penyelidikan dan kemajuan, boleh membuat suatu permohonan bertulis kepada Menteri bagi taraf perintis untuk aktiviti digalakkan yang sama:

Dengan syarat bahawa—

(i)

permohonan itu diterima pada atau selepas 21 Mei 2003; dan

(ii)

bagi suatu syarikat perintis, tempoh pelepasan cukai bagi

Penggalakan Pelaburan 31

syarikat itu di bawah seksyen 14 atau tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 29D telah berakhir.

(1DE) (Dipotong oleh Akta A1468).

(1DF) Mana-mana syarikat yang berhasrat hendak mengkomersialkan dapatan suatu penyelidikan dan kemajuan, dan berniat supaya suatu kilang dibina atau jika kilang telah sedia ada, diduduki di Malaysia bagi maksud itu, boleh membuat suatu permohonan bertulis kepada Menteri bagi taraf perintis, dengan syarat bahawa permohonan itu diterima pada atau selepas 11 September 2004.

(1DG) (Dipotong oleh Akta A1400).

(1E)

Jika sesuatu syarikat telah diberikan kelulusan bagi maksud suatu elaun cukai pelaburan di bawah subseksyen 27(1), 27(1A),

27C(1), 27F(1), 27I(1), 27I(1A), 27J(1), 27K(1) atau seksyen 27N berhubung dengan suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan, syarikat itu layak memohon bagi taraf perintis di bawah subseksyen

(1)

, (1A), (1C), (1D), (1DB), (1DC), (1DD) atau (1DF) setelah notis bertulis diberikan kepada Menteri untuk menyerahkan kelulusan berhubung dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan itu:

Dengan syarat bahawa sehingga tarikh notis penyerahan itu, syarikat itu belum lagi melakukan perbelanjaan modal bagi maksud subseksyen 27(1), 27(1A), 27C(1), 27F(1), 27I(1), 27I(1A), 27J(1),

27K(1) atau seksyen 27N dan Menteri berpuas hati dengan sebab penyerahan kelulusan berhubung dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan itu.

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Pemberian taraf perintis