Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986

Seksyen 6

(a)

kepada bilangan syarikat perintis yang telah pun ditubuhkan atau yang hampir hendak ditubuhkan berhubungan dengan aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan yang disebutkan dalam permohonan itu;

(b)

kepada pengeluaran atau pengeluaran yang dijangkakan bagi syarikat yang disebutkan dalam perenggan (a);

(c)

kepada prospek baik untuk memajukan lagi aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan itu;

(d)

jika permohonan itu dibuat oleh suatu syarikat, kepada orang yang menjadi pengarah syarikat itu dan perihalan orang yang menjadi anggota syarikat itu; dan

(e)

jika permohonan itu dibuat oleh orang yang bercadang hendak mendaftarkan sesuatu syarikat berkaitan dengan permohonan itu, kepada orang yang dicadangkan menjadi pengarah syarikat itu dan perihalan orang yang kepadanya modal syer itu atau mana-mana bahagian daripadanya dicadang hendak ditawarkan untuk langganan.

(1A)

Apabila diterimanya sesuatu permohonan di bawah subseksyen 5(1) Menteri boleh, tertakluk pada subseksyen (2)

hingga (6), memberikan taraf perintis kepada sesuatu syarikat kecil atau membuat keputusan untuk memberikan taraf perintis berikutan dengan pendaftaran sesuatu syarikat kecil, jika dia berpuas hati bahawa pemohon telah memenuhi atau akan memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam perintah statutori yang hendaklah disiarkan dalam

Warta.

(1AB) Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen 5(1A) Menteri boleh, tertakluk pada subseksyen (2)

hingga (6), memberikan taraf perintis jika dia berpuas hati bahawa aktiviti atau keluaran itu layak disifatkan sebagai aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah seksyen 4A.

(1AC) Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen 5(1C) Menteri boleh, tertakluk pada subseksyen (2)

hingga (6), memberikan taraf perintis kepada sesuatu syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak:

Penggalakan Pelaburan 33

Dengan syarat bahawa syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak itu pada masa permohonan mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa yang mencukupi dan melakukan amaun perbelanjaan operasi tahunan yang mencukupi di Malaysia bagi aktiviti yang berhubungan dengan penyelidikan dan kemajuan.

(1AD) (Dipotong oleh Akta A1468).

(1AE) Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen 5(1DB) Menteri boleh, tertakluk pada subseksyen (2)

hingga (6), memberikan taraf perintis jika dia berpuas hati bahawa aktiviti atau keluaran itu layak disifatkan sebagai suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah seksyen 4D.

(1AF) Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen 5(1DC) Menteri boleh, tertakluk pada subseksyen (2)

hingga (6), memberikan taraf perintis jika dia berpuas hati bahawa aktiviti atau keluaran itu layak disifatkan sebagai suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah seksyen 4E.

(1AG) Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen 5(1DD) Menteri boleh, tertakluk pada subseksyen (2), (5)

dan (6), memberikan taraf perintis jika dia berpuas hati bahawa aktiviti atau keluaran itu layak disifatkan sebagai suatu aktiviti digalakkan atau keluaran digalakkan di bawah seksyen 4F.

(1AH) (Dipotong oleh Akta A1468).

(1AI) Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen 5(1DF), Menteri boleh, tertakluk pada subseksyen (2)

hingga (6), memberikan taraf perintis kepada suatu syarikat yang mengkomersialkan dapatan suatu penyelidikan dan kemajuan.

(1AJ) (Dipotong oleh Akta A1400).

(1B)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengkaji semula senarai kriteria yang ditetapkan di bawah subseksyen (1A) dan boleh membuat tambahan, perubahan atau pindaan kepada atau potongan



CATATAN—

(i)

Jika syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak telah diberikan taraf perintis pada atau sebelum 16 Oktober 2017, proviso ini tidak terpakai bagi syarikat itu hingga 30 Jun 2021; (ii) Jika syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak telah diberikan taraf perintis selepas 16 Oktober 2017, proviso ini tidak terpakai bagi syarikat itu sehingga 31 Disember 2018 – lihat seksyen 34 Akta 812.

34

Undang-Undang Malaysia daripada senarai itu sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2)

Taraf perintis boleh diberikan mengikut terma permohonan itu atau boleh diberikan tertakluk pada apa-apa perubahan tentang terma itu, dan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

(3)

Jika permohonan untuk taraf perintis dibuat oleh orang yang bercadang hendak mendaftarkan suatu syarikat berkaitan dengan permohonan itu, Menteri boleh memutuskan untuk memberikan taraf perintis di bawah seksyen ini berikutan dengan pendaftaran syarikat itu, dan jika dia memutuskan sedemikian—

(a)

keputusannya, berkenaan dengan pemberian taraf perintis di bawah subseksyen (1), boleh dinyatakan sebagai tertakluk pada apa-apa syarat yang berhubungan dengan mana-mana daripada perkara yang disebutkan dalam perenggan (1)(e), sebagaimana yang dinyatakan olehnya, atau berkenaan dengan sesuatu keputusan pemberian taraf perintis di bawah subseksyen (1A), (1AB), (1AC), (1AE), (1AF), (1AG) atau (1AI)

boleh dinyatakan sebagai tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan olehnya;

(b)

dia hendaklah memberikan notis bertulis tentang keputusan itu dan apa-apa syarat kepada orang itu; dan

(c)

sekiranya syarikat itu didaftarkan dalam masa tiga bulan dari tarikh notis itu atau suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri, dan Menteri berpuas hati bahawa syarat itu, jika ada, telah atau akan dipatuhi, taraf perintis boleh diberikan sewajarnya.

(4)

Jika sesuatu syarikat tidak didaftarkan dalam masa itu atau suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan (3)(c),

Menteri hendaklah membatalkan notis yang disebutkan dalam perenggan (3)(b) itu.

(5)

Tiada apa-apa taraf perintis boleh diberikan oleh Menteri, dan tiada apa-apa keputusan untuk memberikan taraf perintis itu boleh diambil olehnya, melainkan jika keputusan untuk memberi taraf perintis itu dan terma dan syarat itu telah mendapat persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan.

Penggalakan Pelaburan 35

(6)

Menteri boleh mengubah apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) atau (3) tetapi tidak boleh berbuat demikian tanpa mendapat persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan.

Perakuan perintis