Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Undang-Undang Malaysia
(1A)
Suatu permohonan untuk lanjutan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat sebelum tamat tempoh dua puluh empat bulan atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri.
(2)
Syarikat yang meminta suatu perakuan perintis hendaklah menyatakan—
(a)
kuantiti boleh dipasarkan bagi keluaran digalakkan yang berkaitan yang dikeluarkan oleh kilangnya sebelum permintaan untuk perakuan perintis itu;
(b)
tarikh kilang itu memulakan pengeluaran keluaran digalakkan sebanyak kuantiti boleh dipasarkan dan kadar pengeluarannya;
(c)
bahawa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 6(2)
telah dipatuhi, atau jika mana-mana syarat itu belum lagi dipatuhi, sebab tidak mematuhinya.
(3)
Menteri boleh meminta apa-apa butir atau bukti selanjutnya tentang tarikh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b) dan tertakluk padanya dan jika berpuas hati bahawa syarat itu telah dipatuhi atau berpuas hati dengan sebab yang diberikan di bawah perenggan (2)(c), dia boleh mengeluarkan suatu perakuan perintis memperakukan—
(a)
syarikat itu sebagai suatu syarikat perintis;
(b)
kilang di mana aktiviti digalakkan itu dijalankan atau keluaran digalakkan itu dikeluarkan sebagai suatu kilang perintis; dan 36
Undang-Undang Malaysia
(c)
hari pengeluaran bagi syarikat perintis itu.
(4)
Menteri, dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan, boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut apabila mengeluarkan sesuatu perakuan perintis.
(5)
Menteri, dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan, boleh mengubahkan syarat dalam perakuan perintis itu.
(6)
Menteri boleh jika perlu meminda perakuan perintis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3).
Penarikan balik taraf perintis