Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986

Seksyen 9

(2)

Menteri boleh membatalkan perakuan perintis suatu syarikat perintis—

(a)

jika syarikat itu telah gagal mematuhi notis yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1); atau

(b)

jika dia tidak berpuas hati dengan sebab kerana tidak patuh pada syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 atau mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.

(3)

Jika perakuan perintis sesuatu syarikat perintis dibatalkan di bawah seksyen ini, pembatalan itu hendaklah diisytiharkan sebagai bermula—

(a)

dari tarikh perakuan perintis itu mula berkuat kuasa; atau

(b)

jika difikirkan patut oleh Menteri, dari suatu tarikh selepas tarikh perakuan perintis itu mula berkuat kuasa sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(4)

Jika perenggan (3)(a) terpakai berhubung dengan pembatalan perakuan perintis suatu syarikat perintis—

(a)

subseksyen 11(2) dan seksyen 14 hingga 25 hendaklah disifatkan sebagai tidak pernah berkuat kuasa berhubungan dengan syarikat itu;

(b)

apa-apa cukai yang dibayar balik kepada syarikat itu menurut subseksyen 11(2) hendaklah genap masa dan kena dibayar oleh syarikat itu pada tarikh pembatalan dan peruntukan Akta ibu yang berhubungan dengan mendapatkan kembali cukai itu hendaklah terpakai; dan

(c)

jika subseksyen 11(2) berkuat kuasa sebelum tarikh pembatalan, apa-apa masa yang berjalan di bawah Akta ibu pada tarikh subseksyen 11(2) mula berkuat kuasa berhubung dengan syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai telah mula berjalan dari tarikh pembatalan itu.

38

Undang-Undang Malaysia

(5)

Jika perenggan (3)(b) terpakai berhubung dengan pembatalan perakuan perintis sesuatu syarikat perintis—

(a)

tempoh pelepasan cukai syarikat itu hendaklah dikira bagi maksud seksyen 14 hingga 25 sebagai telah berakhir pada tarikh pembatalan itu diisytiharkan sebagai bermula; dan

(b)

jika tiada apa-apa akaun perniagaan perintis bagi syarikat itu telah dibuat sehingga tarikh itu, angka dalam akaun pertama bagi syarikat itu yang dibuat selepas tarikh itu, iaitu akaun—

(i)

yang dibuat bagi maksud menyediakan akaun terakhir bagi perniagaan perintis itu dan akaun pertama bagi perniagaan selepas perintis bagi syarikat itu; dan

(ii)

yang berhubungan dengan tempoh perakaunan yang termasuk tarikh pembatalan, hendaklah bagi maksud seksyen 14 hingga 25 diumpukkan mengikut bilangan hari dalam tempoh itu yang berjalan sebelum tarikh itu.

(6)

Jika perakuan perintis sesuatu syarikat dibatalkan di bawah seksyen ini taraf perintis yang diberikan kepada syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai telah dibatalkan.

(7)

Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.

Penyerahan taraf perintis atau perakuan perintis

Section 9 — AKTA PENGGALAKAN PELABURAN 1986 | mylaw.my