Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KEWANGAN 1986

Seksyen 3

(i)

tahun taksiran 1988 jika premium kasar yang boleh diterima oleh penanggung insurans sepanjang tempoh asas bagi tahun taksiran 1986 mengenai semua polisi nyawa Malaysia yang berkuatkuasa di akhir tempoh itu, berjumlah lima puluh juta ringgit atau lebih;

(ii)

tahun taksiran 1990 jika premium kasar yang boleh diterima oleh penanggung insurans sepanjang tempoh asas bagi tahun taksiran 1986 mengenai semua polisi nyawa Malaysia yang berkuatkuasa di akhir tempoh itu, berjumlah sepuluh juta ringgit atau lebih tetapi kurang daripada lima puluh juta ringgit; dan

(iii)

tahun taksiran 1992 jika premium kasar yang boleh diterima oleh penanggung insurans sepanjang tempoh asas bagi tahun taksiran 1986 mengenai semua polisi nyawa Malaysia yang berkuatkuasa di akhir tempoh itu, adalah kurang daripada sepuluh juta ringgit.

(2)

Seksyen 5, 7 dan 12 hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 21hb Oktober 1983.

(3)

Seksyen 4, 6, 10, 11, 13, 15 dan 18 hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 24hb Oktober 1986.

(4)

Seksyen 8 hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 1hb Januari 1986.

(5)

Seksyen 16 hendaklah disifatkan mempunyai kuatkuasa dari tahun taksiran 1984.

(6)

Seksyen 19 (h) hendaklah mempunyai kuatkuasa bagi tahun taksiran 1988 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.