Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
Walau apa pun yang terkandung yang berlawanan dalam Akta ini, tiada cukai jualan adalah kena dibayar atas apa-apa barang kena cukai yang diimport masuk atau diangkut ke Langkawi dari kawasan utama kastam selain daripada barang-barang kena cukai yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Barang-barang yang dikilang di Langkawi disifatkan sebagai barang-barang yang dikilang di luar Per-sekutuan.