Malaysia legislation

Section 86

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 1986

Seksyen 86

Jika barang-barang diangkut—

(a)

dari Langkawi ke kawasan utama kastam; atau

(b)

dari kawasan utama kastam ke Langkawi, kastam atau dari

Langkawi ke kawasan utama kastam.

maka peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian dan penyesuaian yang perlu, terpakai seolah-olah barang-barang itu telah diimport masuk ke dalam, atau mengikut mana yang berkenaan, dieksport keluar dari, kawasan utama kastam dari atau ke suatu tempat di luar Persekutuan, dan tanpa menjejaskan keluasan tersebut di atas, peruntukan-peruntukan Bahagian IX hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diangkut ke Langkawi dari kawasan utama kastam atau dari Langkawi ke kawasan utama kastam dan bagi orang-orang dan vesel-vesel dan kapal udara yang mengangkut barang-barang itu seolah-olah Langkawi adalah suatu tempat di luar Persekutuan.