Malaysia legislation

Section 91B

of AKTA KEWANGAN (NO. 2) 1986

Seksyen 91B

Peruntukan-peruntukan Akta ini tidaklah terpakai bagi barang-barang yang dikilang di Langkawi, selain daripada yang berikut:

(i)

petroleum dan keluaran-keluaran petroleum; dan

(ii)

apa-apa barang lain yang boleh diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Barang-barang yang dikilang di Langkawi hendaklah disifatkan sebagai dikilang di

Persekutuan.

Section 91B — AKTA KEWANGAN (NO. 2) 1986 | mylaw.my