Malaysia legislation

Section 10

of AKTA KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 1986

Seksyen 10

Seksyen 21 Akta Bank 1973 adalah dipinda—

(a)

dengan memotong perkataan "dan" selepas perkataan-perkataan "Bank Negara;" di hujung perenggan (ca) subseksyen (1);

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (ca) subseksyen (1), perenggan baru (cb) yang berikut:

"(cb) walau apa pun peruntukan subseksyen (2) seksyen 36, suatu penyata yang menunjukkan maklumat itu berhubungan dengan pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud-maksud biro pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 (1) (mmmm) Ordinan Bank Negara Malaysia 1958; dan"; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan-perkataan "perenggan (ca)" dalam subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "perenggan (ca) dan (cb)".