Malaysia legislation

Section 11

of AKTA KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 1986

Seksyen 11

Seksyen 19 Akta Bank Islam 1983 adalah dipinda-

(a)

dengan memotong perkataan "dan" selepas perkataan-perkataan "Bank Negara;" di hujung perenggan (d) subseksyen (1);

KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 13

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (d) subseksyen (1), perenggan baru (da) yang berikut:

" (da) walau apa pun peruntukan subseksyen (3) seksyen 34, suatu penyata yang menunjukkan maklumat itu berhubungan dengan pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dikehendaki bagi maksudmaksud biro pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 (1) (mmmm) Ordinan Bank Negara Malaysia 1958; dan"; dan

(c)

dengan menggantikan perkataan-perkataan "perenggan (d)" dalam subseksyen (2) dengan perkataan-perkataan "perenggan (d) dan (da)".