Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(a)
mana-mana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya atau lain-lain orang sebagai orang yang sedang menerima saraan daripadanya (selain daripada akauntan, peguambela dan peguamcara, arkitek, ejen harta tanah, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripadanya berkenaan dengan perkhidmatan profesional mereka);
(b)
mana-mana firma dalam mana manamana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya ada kepentingan sebagaipekongsi, pengurus, ejen ataupenggerenti;
(c)
mana-mana perbadanan dalam mana mana-mana daripada pegawai atau pekerjanya adalah seorang pengarah, pengurus, ejen atau penggerenti, atau mana-mana perbadanan yang dalam syernya mana-mana daripada pegawai
KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN)
atau pekerjanya ada mempunyai apaapa kepentingan material sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara;
(d)
mana-mana perbadanan dalam mana mana-mana daripada pengarahnya (bukannya pengarah eksekutif, yang dia termasuk dalam had peruntukan-peruntukan perenggan (c) menurut subseksyen (3)) adalah seorang anggota, pengarah, pengurus, ejen atau penggerenti, atau mana-mana perbadanan yang dalam syernya manamana pengarah syarikat kewangan berlesen itu ada mempunyai apa-apa jua kepentingan secara langsung atau secara tak langsung; atau
(e)
mana-mana individu yang kepadanya mana-mana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya itu seorang penggerenti.
(2)
Suatu syarikat kewangan berlesen boleh memberi kepada mana-mana daripada pegawai atau pekerjanya pinjaman-pinjaman yang diperuntukkan di bawah skim perkhidmatanya yang berkenaan dan, jika syarikat kewangan berlesen berpuas hati bahawa wujudnya hal keadaan khas atau belas kasihan, suatu pinjaman tidak melebihi pada mana-mana satu masa enam bulan saraan pegawai atau pekerja itu mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh syarikat kewangan berlesen itu.
(3)
Peruntukan-peruntukan perenggan (c) subseksyen (1) dan subseksyen (2) hendaklah juga terpakai bagi pengarah-pengarah eksekutif syarikat kewangan berlesen.
(4)
Peruntukan-peruntukan perenggan (d) subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi pemberian pendahuluan, pinjaman atau kemudahan-kemudahan kredit oleh syarikat kewangan berlesen kepada—
(a)
suatu perbadanan yang ada disenaraikan dalam bursa saham yang diakui dan yang dalam syer-syernya tiada pengarah syarikat kewangan berlesen ada mempunyai, secara langsung atau secara tak langsung, apaapa kepentingan material sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara; dan
(b)
suatu syarikat awam dalam mana seorang pengarah syarikat kewangan berlesen itu tidak mempunyai kepentingan atas sifat peribadinya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank Negara:
Dengan syarat bahawa bagi maksudmaksud subseksyen ini pengarah yang berkenaan itu bukanlah seorang pengarah eksekutif syarikat kewangan berlesen itu.
(5)
Mana-mana syarikat kewangan berlesen yang telah membuat apa-apa transaksi yang dilarangi di bawah seksyen ini hendaklah tidak lewat daripada 30hb Jun 1988 atau suatu tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dinyatakan oleh Bank Negara dalam sesuatu hal tertentu mendapatkan pembayaran balik pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu.
(6)
Bagi maksud-maksud seksyen ini, "pengarah", "pegawai" atau "pekerja" termasuklah isteri atau suami, ibu atau bapa atau anak seseorang pengarah, pegawai atau pekerja.".
KEWANGAN (BANK DAN INSTITUSI KEWANGAN) 11