Malaysia legislation
Section 21B
Seksyen 21B
Tiada syarikat kewangan berlesen boleh memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit di bawah pengecualian yang disebut dalam subseksyen (4) seksyen 21 melainkan jika syarat-syarat yang berikut telah dipenuhi:
(a)
bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit itu memenuhi standard-standard kelayakan kredit yang dikehendaki daripada lain-lain pemohon yang membuat pinjaman;
(b)
bahawa terma-terma pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit kepada syarikat kewangan berlesen itu tidaklah kurang baiknya daripada apa yang diberikan kepada yang lain-lain;
(c)
bahawa pemberian pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit akan memberi faedah terbaik kepada syarikat kewangan berlesen;
(d)
bahawa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit telah diluluskan dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada semua pengarah lain syarikat kewangan berlesen dalam suatu mesyuarat yang diadakan dengan sempurnanya terdiri dari lembaga pengarah beranggota penuh dan kelulusan itu telah direkodkan dalam minit mesyuarat.".