Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 10

(2)

Hak cipta juga wujud dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta dan yang—

(a)

sebagai suatu karya sastera, muzik atau seni atau filem atau rakaman bunyi adalah mula-mulanya diterbitkan di

Malaysia;

(b)

sebagai suatu karya seni bina adalah didirikan di Malaysia atau sebagai mana-mana karya seni lain adalah dimuatkan dalam suatu bangunan yang terletak di Malaysia;

(c)

sebagai suatu siaran adalah dipancarkan dari Malaysia.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), hak cipta wujud, tertakluk pada Akta ini, dalam tiap-tiap karya yang layak mendapat hak cipta jika karya itu telah dibuat di Malaysia.

Kelayakan bagi perlindungan pelaku