Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(a)
pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan;
(aa) penyampaian kepada orang awam;
(b)
pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam;
28
Undang-Undang Malaysia
(c)
(Dipotong oleh Akta A994);
(d)
(Dipotong oleh Akta A994);
(e)
pengedaran salinan kepada orang awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain; dan
(f)
penyewaan secara komersial kepada orang awam, keseluruhan atau sebahagian besar karya itu, sama ada dalam bentuk asal atau bentuk terbitan dengan syarat bahawa—
(A)
hak eksklusif untuk mengawal pengedaran salinan hanya merujuk kepada perbuatan mengedarkan salinan yang tidak diedarkan di Malaysia sebelum ini dan tidak kepada mana-mana pengedaran kemudiannya salinan itu atau apa-apa pengimportan kemudiannya salinan itu ke dalam
Malaysia; dan
(B)
hak eksklusif untuk mengawal penyewaan komersial berhubungan dengan filem hendaklah terpakai hanya apabila penyewaan komersial itu telah menyebabkan pembuatan salinan karya itu secara meluas sehingga mengurangkan hak eksklusif pengeluaran semula secara material.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), hak mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal—
(a)
perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara urusan yang wajar termasuk bagi maksud penyelidikan, pengajian persendirian, kritikan, ulasan atau pelaporan berita atau peristiwa semasa:
Dengan syarat bahawa ia disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu berkaitan dengan pelaporan berita atau peristiwa semasa dengan cara suatu rakaman bunyi, filem atau siaran, maka perakuan tidak diperlukan;
(b)
perlakuan mana-mana perbuatan yang tersebut dalam subseksyen (1) secara parodi, pastic, atau karikatur;
Hak Cipta 29
(c)
kemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;
(d)
pengeluaran semula dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;
(e)
kemasukan secara sampingan sesuatu karya dalam sesuatu karya seni, rakaman bunyi, filem atau siaran;
(f)
kemasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam, koleksi karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem, jika kemasukan sedemikian dibuat secara ilustrasi bagi maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar:
Dengan syarat bahawa sumbernya dan nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan itu disebut;
(ff) apa-apa penggunaan sesuatu karya bagi maksud sesuatu peperiksaan dengan cara menyediakan soalan, menyampaikan soalan kepada calon atau menjawab soalan:
Dengan syarat bahawa suatu salinan reprografik sesuatu karya muzik tidaklah boleh dibuat bagi penggunaan seseorang calon peperiksaan dalam mempertunjukkan karya itu;
(g)
pengeluaran semula yang dibuat di sekolah, universiti atau institusi pendidikan mengenai sesuatu karya yang dimasukkan dalam sesuatu siaran untuk digunakan bagi sekolah, universiti atau institusi pelajaran itu;
(gg) pembuatan sesuatu rakaman bunyi bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya sastera, drama atau muzik, rakaman bunyi atau sesuatu filem yang termasuk dalam siaran setakat mana ia mengandungi bunyi jika rakaman bunyi sesuatu siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh orang yang membuat rakaman bunyi itu;
30
Undang-Undang Malaysia
(ggg) pembuatan sesuatu filem bagi sesuatu siaran, atau sesuatu karya sastera, seni, drama atau muzik atau sesuatu filem yang termasuk dalam siaran setakat mana ia mengandungi gambaran pandangan jika pembuatan sesuatu filem bagi siaran itu adalah bagi kegunaan persendirian dan domestik oleh orang yang membuat filem itu;
(gggg) perbuatan dan pengeluaran salinan bagi apa-apa karya ke dalam suatu format untuk memenuhi keperluan khas orang yang kurang pendengaran dan pengeluaran salinan itu kepada orang awam oleh badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan dan atas terma yang ditetapkan oleh
Menteri;
(ggggg) pembuatan dan pengeluaran salinan apa-apa karya ke dalam salinan format boleh akses atas terma yang ditentukan oleh
Menteri, oleh—
(i)
entiti yang diberi kuasa; atau
(ii)
orang dengan ketidakupayaan cetakan atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya;
(h)
pembacaan atau pengucapan oleh seseorang kepada awam atau dalam sesuatu siaran akan apa-apa cabutan yang munasabah dari karya sastera yang sudah diterbitkan jika disertai dengan perakuan yang mencukupi;
(i)
apa-apa penggunaan sesuatu karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan Kerajaan, oleh Arkib Negara atau mana-mana Arkib Negeri, oleh Perpustakaan Negara atau mana-mana perpustakaan Negeri, atau oleh mana-mana perpustakaan awam dan institusi pelajaran, sains dan profesional sebagaimana ditetapkan oleh Menteri melalui perintah, jika penggunaan sedemikian adalah untuk kepentingan awam dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dan peruntukan mana-mana peraturan; dan
(i)
tiada keuntungan didapati daripadanya; dan
Hak Cipta 31
(ii)
tiada bayaran masuk dikenakan bagi pertunjukan, tayangan atau permainan, jika ada, kepada awam karya yang digunakan sedemikian;
(j)
pengeluaran semula apa-apa karya dengan atau di bawah arahan atau kawalan sesuatu perkhidmatan penyiaran jika pengeluaran semula sedemikian atau mana-mana salinannya dimaksudkan semata-mata untuk siaran yang sah dan pengeluaran semula itu atau salinannya dibinasakan sebelum berakhir tempoh enam bulan kalendar selepas sahaja pengeluaran semula itu dibuat atau sesuatu tempoh yang lebih lama sebagaimana dipersetujui di antara perkhidmatan penyiaran dan pemunya hak cipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa pengeluaran semula sesuatu karya yang dibuat di bawah perenggan ini boleh, jika ia dokumentar bersifat teristimewa, disimpan dalam arkib perkhidmatan penyiaran yang mana dengan ini dinamakan arkib rasmi bagi maksud itu, tetapi tertakluk pada Akta ini, pengeluaran semula itu tidak boleh digunakan untuk penyiaran atau bagi apa-apa maksud lain tanpa persetujuan pemunya hak cipta bagi bahagian karya yang berkaitan itu;
(k)
pertunjukan, tayangan atau permainan sesuatu karya oleh sesuatu kelab atau institusi yang bukan mencari keuntungan jika pertunjukan, tayangan atau permainan itu adalah bagi maksud khairat atau pendidikan dan diadakan di sesuatu tempat di mana tiada fi kemasukan dikenakan berkenaan dengan pertunjukan, tayangan atau permainan itu;
(l)
apa-apa penggunaan sesuatu karya bagi maksud apa-apa prosiding kehakiman, prosiding suatu suruhanjaya di raja, suatu badan perundangan, siasatan statutori atau Kerajaan, atau apa-apa laporan mana-mana prosiding sedemikian, atau bagi maksud memberi nasihat profesional oleh seorang pengamal undang-undang;
(m)
penggunaan petikan dari karya yang sudah diterbitkan jika petikan itu bersesuaian dengan amalan yang wajar dan dibuat setakat yang berpatutan dengan maksudnya, termasuk
32
Undang-Undang Malaysia petikan dari artikel surat khabar dan majalah berkala dalam bentuk ringkasan akhbar:
Dengan syarat bahawa sumbernya dan nama pencipta yang terdapat pada karya yang digunakan itu disebut;
(n)
pengeluaran semula oleh akhbar, penyiaran atau penayangan kepada awam akan artikel yang telah diterbitkan dalam surat khabar atau majalah berkala mengenai topik semasa, jika pengeluaran semula, penyiaran atau penayangan sedemikian tidak dipeliharakan dengan nyata:
Dengan syarat bahawa sumbernya adalah dinyatakan dengan jelas;
(o)
pengeluaran semula oleh akhbar, penyiaran atau pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam syarahan, ucapan dan karya lain dari jenis yang sama yang disampaikan kepada awam jika penggunaan sedemikian itu adalah bagi maksud makluman dan tidak dipeliharakan dengan nyata;
(p)
penyewaan secara komersial akan program komputer, jika program itu bukanlah matlamat penting penyewaan itu;
(q)
pembuatan suatu salinan elektronik fana dan sampingan suatu karya yang telah dijadikan tersedia di suatu rangkaian jika pembuatan salinan itu diperlukan untuk menonton, mendengar atau menggunakan karya tersebut;
(r)
pengimportan bagi maksud pengedaran atau menjadikan tersedia salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa, orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, dan atas terma yang ditentukan oleh Menteri; dan
(s)
pengeksportan bagi maksud pengedaran atau menjadikan tersedia salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses oleh entiti yang diberi kuasa kepada anggota Triti
Marrakesh dan atas terma yang ditentukan oleh Menteri.
Hak Cipta 33
(2A)
Bagi maksud perenggan (2)(a), dalam menentukan sama ada sesuatu urusan itu merupakan suatu urusan yang wajar, faktor yang diambil kira hendaklah termasuk—
(a)
maksud dan sifat urusan itu, termasuk sama ada urusan itu bersifat komersial atau bagi maksud pendidikan yang bukan mencari keuntungan;
(b)
sifat karya yang mendapat hak cipta itu;
(c)
amaun dan banyaknya bahagian yang digunakan berhubungan dengan karya yang mendapat hak cipta itu secara keseluruhan; dan
(d)
kesan daripada urusan itu terhadap potensi pasaran bagi atau nilai karya yang mendapat hak cipta itu.
(2B)
Bagi maksud perenggan 2(s), “Triti Marrakesh” ertinya Triti
Marrakesh untuk Memudahkan Akses kepada Karya yang telah
Diterbitkan bagi
Orang yang
Buta,
Kurang
Penglihatan, atau Ketidakupayaan Cetakan Selainnya yang dibuat di Marrakesh pada 27 Jun 2013.
(2C)
Bagi maksud perenggan (2)(ggggg), (r) dan (s), Menteri boleh melalui perintah menetapkan mana-mana badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan yang menyediakan pendidikan, latihan pengajaran, penyesuaian bacaan atau akses maklumat kepada orang dengan ketidakupayaan cetakan sebagai entiti yang diberi kuasa.
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(l), “suatu badan perundangan”
ertinya Parlimen Malaysia atau, berhubungan dengan sesuatu Negeri, pihak berkuasa yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Negeri itu untuk membuat undang-undang bagi Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Dokumen reka bentuk dan model