Malaysia legislation
Section 16A
Seksyen 16A
(a)
penyampaian kepada orang awam sesuatu persembahan, kecuali jika persembahan yang digunakan dalam penyampaian kepada orang awam itu sendiri ialah suatu persembahan;
Hak Cipta 37
(b)
penetapan bagi sesuatu persembahan yang belum ditetapkan;
(c)
pengeluaran semula penetapan suatu persembahan;
(d)
pengedaran kepada orang awam buat pertama kali suatu penetapan sesuatu persembahan, atau salinannya, melalui jualan atau pindah hakmilik pemunyaan lain; dan
(e)
penyewaan komersial kepada orang awam penetapan sesuatu persembahan, atau salinannya, tanpa mengira pemunyaan salinan yang disewa.
(2)
Pelaku akan hilang hak eksklusifnya di bawah perenggan (1)(b)
apabila dia memberikan persetujuan bagi penetapan persembahannya itu.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), hak untuk mengawal di bawah subseksyen itu tidak termasuk hak untuk mengawal—
(a)
sesuatu rakaman bunyi secara terus atau tidak terus atau filem secara tidak terus sesuatu persembahan—
(i)
yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat semata-mata bagi maksud kegunaan persendirian dan domestik orang yang membuatnya;
atau
(ii)
yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat semata-mata untuk digunakan dalam penyelidikan sains;
(b)
sesuatu rakaman bunyi atau filem secara terus atau tidak terus sesuatu persembahan—
(i)
yang dibuat bagi maksud, atau yang dikaitkan dengan, pelaporan berita atau peristiwa semasa;
(ii)
yang dibuat bagi maksud mengkritik atau mengulas; atau 38
Undang-Undang Malaysia
(iii)
dibuat bagi maksud suatu prosiding kehakiman, suatu prosiding suruhanjaya diraja atau badan perundangan, suatu siasatan berkanun atau Kerajaan, atau laporan mengenai mana-mana prosiding atau siasatan itu, atau bagi maksud pemberian nasihat profesional oleh pengamal undang-undang;
(c)
sesuatu rakaman bunyi atau filem secara tidak terus sesuatu persembahan—
(i)
yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat oleh, atau bagi pihak, badan yang mentadbirkan sesuatu institusi pendidikan semata-mata bagi maksud institusi itu atau institusi pendidikan lain; atau
(ii)
yang merupakan suatu rakaman bunyi atau filem yang dibuat oleh orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, atau entiti yang diberi kuasa atau badan atau institusi yang tidak mencari keuntungan, semata-mata bagi maksud membantu orang yang kurang pendengaran atau orang dengan ketidakupayaan cetakan;
(d)
suatu rakaman bunyi atau filem secara terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh atau di bawah arahan atau kawalan suatu perkhidmatan penyiaran yang telah mendapat persetujuan pelaku untuk menyiarkan persembahan itu, dan rakaman atau filem itu dimusnahkan sebelum berakhir tempoh enam bulan sebaik selepas rakaman atau filem itu dibuat atau suatu tempoh yang lebih lama yang dipersetujui antara perkhidmatan penyiaran dengan pelaku itu;
(e)
sesuatu rakaman bunyi secara terus atau secara tidak terus atau filem secara tidak terus sesuatu persembahan yang dibuat oleh seseorang yang semunasabahnya mempercayai bahawa, oleh sebab sesuatu salah nyataan bersifat fraud atau tanpa niat salah yang telah dibuat kepadanya, pelaku itu telah membenarkan pembuatan rakaman oleh orang itu;
Hak Cipta 39
(f)
sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang merupakan salinan yang dibuat semata-mata bagi maksud yang disebut dalam mana-mana perenggan itu;
(g)
sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (e), yang merupakan salinan yang dibuat semata-mata bagi maksud yang disebut dalam perenggan itu;
dan
(h)
sesuatu salinan rakaman bunyi atau filem yang disebut dalam perenggan (f), yang merupakan salinan yang dibuat—
(i)
oleh seseorang yang mempercayai bahawa, oleh sebab salah nyataan bersifat fraud atau tanpa niat salah yang telah dibuat kepada orang itu, pelaku yang berkenaan telah memberikan persetujuan bagi pembuatan salinan itu; atau
(ii)
semata-mata bagi suatu maksud yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d).
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
“secara terus” berhubungan dengan rakaman bunyi atau filem bagi sesuatu persembahan, ertinya dibuat terus daripada persembahan itu;
“secara tidak terus” berhubungan dengan rakaman bunyi atau filem bagi sesuatu persembahan, ertinya dibuat daripada suatu siaran atau siaran semula persembahan itu.
Saraan saksama