Malaysia legislation
Section 16B
Seksyen 16B
Malaysia—
(2)
Saraan tidak boleh dianggap tidak saksama semata-mata kerana dibayar secara sekali bayar.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melucutkan hak seseorang pelaku untuk bersetuju melalui kontrak atas terma dan syarat yang lebih baik baginya berkenaan dengan persembahannya.
(3A)
Dalam ketiadaan kontrak tentang saraan yang saksama yang kena dibayar di bawah subseksyen (1), pelaku boleh memohon kepada
Tribunal untuk menentukan amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama.
(3B)
Pelaku boleh juga memohon kepada Tribunal—
(a)
untuk mengubah apa-apa kontrak tentang amaun yang kena dibayar sebagai saraan yang saksama; atau
(b)
untuk mengubah apa-apa penentuan Tribunal yang terdahulu berhubungan dengan saraan yang saksama itu.
(3C)
Permohonan oleh seseorang pelaku di bawah perenggan (3B)(b)
hanya boleh dibuat dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penentuan yang terdahulu, melainkan jika kebenaran khas oleh
Tribunal telah diperoleh.
(3D)
Apabila dibuat permohonan di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah mempertimbangkan perkara itu dan membuat apa-apa perintah tentang cara pengiraan dan pembayaran saraan yang saksama sebagaimana yang difikirkannya munasabah dalam hal keadaan itu, dengan mengambil kira kepentingan sumbangan pelaku kepada rakaman bunyi itu.
(3E)
Sesuatu kontrak tidak mempunyai kesan setakat yang ia bermaksud untuk menghalang seseorang pelaku mempersoalkan amaun saraan yang saksama atau menyekat kuasa Tribunal di bawah seksyen ini.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “diterbitkan bagi maksud komersial”
ertinya rakaman bunyi itu telah dijadikan tersedia kepada orang awam melalui cara wayar atau wayarles dengan cara yang sedemikian rupa yang membolehkan orang awam mendapat akses kepadanya dari suatu tempat dan pada masa yang masing-masingnya dipilih oleh mereka.
Hak Cipta 41
Jangka masa hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni