Malaysia legislation
Section 25A
Seksyen 25A
(a)
untuk menuntut supaya dikenali sebagai pelaku bagi persembahannya, kecuali jika ketinggalan itu berlaku oleh cara penggunaan persembahan itu; dan
(b)
untuk membantah apa-apa gangguan, pencacatan atau pengubahsuaian lain persembahannya yang akan menjejaskan reputasinya.
(2)
Hak yang diberikan kepada pelaku di bawah subseksyen (1)
hendaklah, selepas kematiannya, disenggarakan dan hendaklah boleh digunakan oleh orang atau institusi yang diberi kuasa oleh pelaku itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “fonogram” ertinya penetapan bunyi sesuatu persembahan atau bunyi lain atau perlambangan bunyi itu, selain dalam bentuk penetapan yang digabungkan dalam filem atau karya audiovisual lain.