Malaysia legislation
Section 26A
Seksyen 26A
(2)
Suatu pemberitahuan hak cipta tidak boleh dilayan melainkan jika fi yang ditetapkan telah dibayar kepada Pengawal.
(3)
Suatu pemberitahuan hak cipta hendaklah mengandungi butiran yang berikut:
(a)
nama, alamat dan kewarganegaraan pemunya hak cipta;
(b)
(Dipotong oleh Akta A1645).
(c)
kategori karya;
(d)
tajuk karya;
(e)
nama pencipta dan, jika pencipta telah meninggal dunia, tarikh kematian pencipta itu, jika diketahui;
(f)
dalam hal karya yang telah diterbitkan, tarikh dan tempat penerbitan yang pertama; dan
(g)
apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Menteri.
Daftar Hak Cipta