Malaysia legislation

Section 27A

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 27A

*(1) Suatu pertubuhan perbadanan yang berhasrat untuk beroperasi sebagai suatu organisasi pengurusan kolektif bagi pemunya hak cipta, pencipta atau pelaku hendaklah memohon kepada Pengawal supaya diisytiharkan sebagai suatu organisasi pengurusan kolektif.

(2)

Suatu permohonan untuk perisytiharan hendaklah dibuat mengikut apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahantara yang ditentukan oleh Pengawal yang hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

dokumen konstituen pemohon yang objektif utamanya, atau satu daripada objektif utamanya, adalah untuk merundingkan atau memberikan lesen hak cipta, sama ada sebagai pemunya hak cipta atau sebagai ejen baginya, dan yang matlamatnya termasuk juga memberikan lesen yang merangkumi karya lebih daripada seorang pencipta;

(b)

senarai pemunya hak cipta, pencipta atau pelaku atau ejen mereka yang menjadi anggota pemohon; dan

(c)

dokumen konstituen pemohon yang berhubungan dengan kutipan dan pengagihan skim pelesenan.

(2A)

Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

**Apabila diterima suatu permohonan, Pengawal boleh mengisytiharkan pemohon sebagai suatu organisasi pengurusan kolektif bagi tempoh dua tahun dan mengeluarkan perisytiharan bertulis yang bermaksud sedemikian kepada pemohon itu.

(3A)

Suatu permohonan bagi pembaharuan perisytiharan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat oleh organisasi pengurusan kolektif kepada Pengawal tidak lewat daripada enam puluh



*CATATAN— Lihat seksyen 19 dan subseksyen 20(3) Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan) [Akta A1645].

**CATATAN— Lihat subseksyen 20(3) Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan) [Akta A1645].

Hak Cipta 51

hari sebelum tarikh habis tempoh perisytiharan itu, dan permohonan itu hendaklah—

(a)

dibuat dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pengawal;

(b)

disertakan dengan fi sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri; dan

(c)

dikemukakan bersama dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Pengawal.

(3B)

Apa-apa permohonan bagi pembaharuan yang dibuat selepas habis tempoh perisytiharan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah tertakluk pada bayaran surcaj sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3C)

Tarikh habis tempoh perisytiharan yang dibaharui di bawah subseksyen (3A) hendaklah dinyatakan dalam perisytiharan.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), Pengawal hendaklah menolak sesuatu permohonan jika maklumat yang diberikan oleh pemohon menurut subseksyen (2) adalah tidak mencukupi atau tidak memuaskan untuk menunjukkan bahawa pemohon layak dan sesuai untuk menjadi organisasi pengurusan kolektif, atau jika dokumen konstituen pemohon adalah sama atau serupa dengan mana-mana organisasi pengurusan kolektif yang lain.

(5)

(Dipotong oleh Akta A1645).

(6)

Pengawal boleh membatalkan perisytiharan yang diberikan kepada sesuatu organisasi pengurusan kolektif jika dia berpuas hati bahawa organisasi pengurusan kolektif itu—

(a)

tidak berfungsi dengan memadai sebagai suatu organisasi pengurusan kolektif;

(b)

tidak lagi mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak kesemua anggotanya;

(c)

tidak bertindak menurut peraturannya atau untuk kepentingan terbaik anggotanya, atau ejen mereka;

52

Undang-Undang Malaysia

(cc)

enggan atau tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi apa-apa garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27M;

(d)

telah mengubah peraturannya sehingga tidak lagi mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

(e)

tanpa alasan yang munasabah, telah enggan atau tidak mematuhi peruntukan Akta ini; atau

(f)

telah dibubarkan.

(7)

Organisasi pengurusan kolektif yang terkilan dengan keputusan

Pengawal di bawah subseksyen (6) boleh merayu kepada Tribunal dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu.

(8)

Mana-mana orang yang beroperasi sebagai suatu organisasi pengurusan kolektif tanpa mendapat perisytiharan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

(9)

Bagi maksud seksyen ini, “pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang ditubuhkan di bawah Akta

Syarikat 2016 [Akta 777].

Skim pelesenan yang kepadanya seksyen 27B hingga 27G terpakai

27AA. (1) Seksyen 27B hingga 27G hendaklah terpakai kepada skim pelesenan yang dikendalikan oleh organisasi pengurusan kolektif yang berhubungan dengan hak cipta dalam apa-apa karya, setakat yang ia berhubungan dengan lesen bagi—

(a)

mengeluarkan semula karya itu;

(b)

mempersembahkan, menunjukkan atau memainkan karya itu kepada awam;

(c)

menyampaikan karya itu kepada awam;

(d)

menyiarkan semula karya itu;

Hak Cipta 53

(e)

menyewakan secara komersial karya itu kepada awam; atau

(f)

membuat adaptasi karya itu.

(2)

Bagi maksud seksyen 27B hingga 27G, “skim pelesenan” ertinya mana-mana skim pelesenan yang diperihalkan dalam subseksyen (1).

Rujukan skim pelesenan yang dicadangkan kepada Tribunal