Malaysia legislation
Section 27B
Seksyen 27B
(2)
Tribunal hendaklah pertamanya memutuskan sama ada untuk melayan rujukan itu, dan boleh menolaknya atas alasan bahawa rujukan itu adalah terlalu awal.
(3)
Jika Tribunal memutuskan untuk melayan rujukan itu, ia hendaklah menimbangkan perkara yang dirujukkan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah skim pelesenan yang dicadangkan itu, sama ada secara am atau setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan yang kepadanya rujukan itu berhubungan, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.
(4)
Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.
Rujukan skim pelesenan kepada Tribunal