Malaysia legislation

Section 27C

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 27C

(a)

seseorang yang mendakwa bahawa dia menghendaki suatu lesen dalam hal suatu perihalan yang kepadanya skim pelesenan itu terpakai;

(b)

suatu pertubuhan yang mendakwa bahawa ia mewakili orang sedemikian; atau

(c)

seseorang yang telah diberi lesen yang kepadanya skim pelesenan terpakai, pengendali, orang atau pertubuhan itu boleh merujukkan skim pelesenan itu kepada Tribunal setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan itu.

(2)

Suatu skim pelesenan yang telah dirujukkan kepada Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah tetap berkuat kuasa sehingga prosiding atas rujukan itu selesai.

(3)

Tribunal hendaklah menimbangkan perkara yang dipertikaikan dan membuat apa-apa perintah, sama ada yang mengesahkan atau yang mengubah skim pelesenan itu setakat yang ia berhubungan dengan hal daripada perihalan yang kepadanya rujukan itu berhubungan, yang ditentukan sebagai munasabah dalam hal keadaan itu oleh Tribunal.

(4)

Suatu perintah di bawah subseksyen (3) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.

Rujukan lanjut skim pelesenan kepada Tribunal