Malaysia legislation
Section 27E
Seksyen 27E
(a)
enggan memberi lesen kepadanya atau memperoleh pemberian lesen kepadanya mengikut skim pelesenan itu;
atau
(b)
tidak memberi lesen kepadanya atau memperoleh pemberian lesen kepadanya mengikut skim pelesenan itu dalam tempoh masa yang munasabah setelah diminta, boleh memohon kepada Tribunal untuk suatu perintah di bawah subseksyen (4).
(2)
Seseorang yang mendakwa, dalam suatu hal yang tidak termasuk dalam suatu skim pelesenan, bahawa pengendali skim pelesenan itu sama ada—
(a)
enggan memberi lesen kepadanya atau memperoleh pemberian lesen kepadanya, atau tidak berbuat demikian dalam tempoh masa yang munasabah setelah diminta, dan bahawa dalam hal keadaan itu adalah tidak munasabah yang lesen tidak boleh diberi; atau
(b)
mencadangkan terma bagi mendapatkan lesen yang tidak munasabah, boleh memohon kepada Tribunal untuk suatu perintah di bawah subseksyen (4).
(3)
Sesuatu hal hendaklah dianggap tidak termasuk dalam suatu skim pelesenan bagi maksud subseksyen (2) jika—
(a)
skim pelesenan itu membuat peruntukan bagi pemberian lesen tertakluk pada terma yang mengecualikan perkara daripada lesen itu dan hal itu termasuk dalam pengecualian sedemikian; atau
(b)
hal itu sebegitu seumpama hal yang dalamnya lesen diberi di bawah skim pelesenan itu yang adalah tidak munasabah yang ia tidak diuruskan dengan cara yang sama.
(4)
Jika Tribunal berpuas hati bahawa dakwaan itu berasas, ia hendaklah membuat suatu perintah yang mengisytiharkan bahawa,
Hak Cipta 57
berkenaan dengan perkara yang dinyatakan dalam perintah itu, pemohon berhak mendapat lesen atas apa-apa terma yang ditentukan sebagai terpakai mengikut skim pelesenan itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai munasabah dalam hal keadaan itu, oleh Tribunal.
(5)
Suatu perintah di bawah subseksyen (4) bolehlah dibuat supaya berkuat kuasa tanpa ditetapkan masanya atau bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Tribunal.
Permohonan bagi kajian semula perintah tentang hak untuk mendapat lesen