Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(a)
Pengerusi;
(b)
lima orang Timbalan Pengerusi; dan
(c)
dua belas orang yang difikirkan patut dan wajar oleh Menteri menjadi anggota Tribunal.
(2)
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, setelah itu mereka layak untuk dilantik semula.
(3)
Menteri hendaklah menentukan saraan dan terma dan syarat lain pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal.
(4)
Menteri boleh mengisytiharkan jawatan mana-mana anggota
Tribunal sebagai kosong atas alasan dia didapati tidak sesuai untuk meneruskan jawatannya atau tidak berupaya untuk menjalankan tugas.
(5)
Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau mana-mana anggota
Tribunal boleh pada bila-bila masa meletak jawatan dengan memberi notis bertulis kepada Menteri.
(6)
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Hak Cipta 65
(7)
Maka hendaklah ada seorang Setiausaha kepada Tribunal dan mana-mana pegawai lain yang perlu untuk membantu Tribunal, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Prosiding di hadapan Tribunal