Malaysia legislation

Section 30

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 30

(2)

Tiada anggota Tribunal boleh mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding di hadapan Tribunal jika dia mempunyai kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal.

(3)

Jika Pengerusi telah hilang kelayakannya di bawah subseksyen (2), Menteri hendaklah melantik seorang Timbalan

Pengerusi untuk bertindak sebagai pengerusi bagi maksud prosiding itu.

(4)

Seseorang adalah disifatkan sebagai mempunyai kepentingan kewangan jika dia, pekongsinya, majikan atau mana-mana anggota keluarganya, atau jika sesuatu badan sama ada berkanun atau tidak, yang mana dia menjadi anggota, mempunyai kepentingan kewangan dalam apa-apa perkara yang akan diputuskan oleh Tribunal.

(5)

Jika, atas apa-apa perkara yang hendaklah ditentukan oleh

Tribunal terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi prosiding itu hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(6)

Jika, dalam perjalanan mana-mana prosiding, mana-mana anggota Tribunal tidak dapat meneruskan prosiding kerana sakit atau apa-apa sebab lain, maka prosiding itu hendaklah diteruskan di hadapan anggota Tribunal yang tinggal, asalkan tidak kurang daripada dua orang, dan Tribunal hendaklah, bagi maksud prosiding itu, disifatkan sebagai dianggotai dengan sempurna.

66

Undang-Undang Malaysia

(7)

Dalam mana-mana hal yang disebut dalam subseksyen (6) jika anggota yang tidak dapat meneruskan prosiding ialah pengerusi prosiding itu, maka Menteri hendaklah—

(a)

melantik dalam kalangan anggota yang tinggal seorang pengerusi baharu bagi maksud prosiding yang diteruskan itu;

dan

(b)

jika sesuai, melantik seorang Timbalan Pengerusi untuk menghadiri prosiding bagi menasihati anggota prosiding itu tentang apa-apa isu yang mungkin berbangkit semasa prosiding itu.

Rujukan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi