Malaysia legislation

Section 30A

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 30A

(2)

Suatu permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang padanya keputusan itu dibuat.

(3)

Jika persoalan telah dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen ini, Tribunal hendaklah mengemukakan rekod prosidingnya kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi yang hendaklah sesudah itu menetapkan dan memberitahu pihak kepada prosiding itu mengenai masa dan tempat bagi pendengarannya.

(4)

Pada pendengaran rujukan itu dalam Mahkamah Tinggi, tiap-tiap pihak kepada prosiding di hadapan Tribunal berhak hadir dan didengar.

(5)

Mahkamah Tinggi hendaklah mendengar dan menentukan persoalan yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini seolah-olah rujukan itu ialah suatu rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Tribunal, dan dengan itu boleh mengesahkan, mengubah, menggantikan atau membatalkan keputusan itu, atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya adil atau perlu.

Hak Cipta 67

(6)

Suatu keputusan Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (5)

hendaklah muktamad dan konklusif, dan tiada keputusan sedemikian boleh dicabar, dirayu terhadapnya, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah lain atau di hadapan apa-apa jua mana-mana pihak berkuasa lain, kehakiman atau sebaliknya.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, persoalan undang-undang tidaklah termasuk persoalan sama ada terdapat keterangan yang mencukupi untuk menjustifikasikan dapatan fakta oleh Tribunal.

Lesen untuk mengeluar dan menerbitkan terjemahan