Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Tribunal boleh setelah mengadakan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, tertakluk pada seksyen ini, memberi kepada pemohon suatu lesen (yang bukannya lesen eksklusif)
untuk mengeluar dan menerbit terjemahan sesuatu karya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain, dengan syarat bahawa pemohon hendaklah membayar kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu berkenaan dengan salinan yang dijual kepada awam, royalti pada kadar yang akan ditentukan oleh Tribunal mengikut cara yang ditetapkan.
(3)
Suatu lesen hanya akan diberi atas permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan sesuatu karya jika—
(a)
terjemahan karya itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain belum pernah diterbitkan oleh pemunya hak cipta itu (atau oleh mana-mana orang yang dibenarkan olehnya) dalam masa satu tahun selepas terbitan pertama karya itu atau, jika terjemahan tersebut pernah diterbitkan, terjemahan itu tidak boleh didapati lagi;
(b)
(i)
pemohon telah meminta kebenaran dan permintaannya itu telah ditolak oleh pemunya hak untuk mengeluarkan dan menerbitkan terjemahan itu; atau 68
Undang-Undang Malaysia
(ii)
pemohon, setelah berusaha sewajarnya, gagal untuk mengesan atau memastikan pemunya itu;
(c)
pemohon, jika kerakyatan pemunya hak terjemahan adalah diketahui, telah menghantar satu salinan permintaannya untuk terjemahan kepada wakil diplomatik atau konsular negara yang mana pemunya hak terjemahan itu adalah seorang rakyat, atau kepada pertubuhan yang mungkin telah dinamakan oleh Kerajaan negara tersebut;
(d)
Tribunal berpuas hati bahawa—
(i)
pemohon boleh mengeluar dan menerbit suatu terjemahan karya itu dengan betul dan mempunyai kemampuan untuk membayar kepada pemunya hak menterjemah royalti yang kena dibayar di bawah seksyen ini; dan
(ii)
pemohon mengaku janji untuk mencetak tajuk asal dan nama pencipta karya itu pada ke semua salinan terjemahan yang diterbitkan;
(e)
pencipta karya itu belum menarik balik karyanya itu dari peredaran;
(f)
peluang untuk didengar telah pada mulanya diberi, di mana saja praktik, kepada pemunya hak terjemahan mengenai karya itu;
(g)
tempoh selanjutnya selama sembilan bulan telah berlalu dari pelaksanaan tatacara yang tersebut dalam perenggan (b)
dan (c) dan semasa tempoh ini tiada terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain telah diterbitkan oleh pemunya hak terjemahan atau dengan kebenarannya; dan
(h)
terjemahan itu adalah bagi maksud pengajaran, pendidikan atau penyelidikan.
Hak Cipta 69
(4)
Lesen yang diberi di bawah seksyen ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh diluaskan sehingga termasuk pengeksportan salinan:
Dengan syarat bahawa penghantaran salinan kepada negara lain oleh
Kerajaan atau mana-mana pertubuhan Kerajaan tidak akan menjadi eksport jika semua syarat berikut dipenuhi:
(a)
penerimanya adalah individu yang menjadi rakyat Malaysia atau pertubuhan yang mengumpulkan individu sedemikian;
(b)
salinan itu hanya akan digunakan bagi maksud pengajaran, pendidikan atau penyelidikan;
(c)
penghantaran salinan itu dan pengedarannya kepada penerima kemudiannya adalah tanpa maksud perdagangan;
dan
(d)
negara ke mana salinan itu dihantar telah bersetuju dengan
Malaysia untuk membenarkan penerimaan, ataupun pengedaran itu atau kedua-duanya.
(5)
Lesen itu adalah sah hanya bagi penerbitan terjemahan di dalam Malaysia dan semua salinan yang diterbitkan di bawah lesen tersebut hendaklah mengandungi notis dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain menyatakan bahawa salinan itu adalah tersedia bagi pengedaran di Malaysia sahaja.
(6)
Mana-mana lesen yang diberi di bawah seksyen ini akan tamat jika suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa vernakular lain dan dengan kandungan yang sebahagian besarnya sama dengan yang baginya lesen itu telah diberi telah diterbitkan oleh pemunya hak terjemahan atau dengan kebenarannya dengan harga yang semunasabahnya berkaitan dengan yang dikenakan di Malaysia bagi karya yang setanding dengannya:
Dengan syarat bahawa mana-mana salinan yang telah dibuat sebelum lesen tamat boleh, walau bagaimanapun, terus diedarkan sehingga stok kehabisan.
(7)
Jika karya yang akan diterjemahkan mengandungi sebahagian besarnya ilustrasi, tiada lesen boleh diberi di bawah seksyen ini.
70
Undang-Undang Malaysia