Malaysia legislation

Section 36A

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 36A

(a)

yang digunakan oleh pemunya hak cipta itu berkaitan dengan penjalanan haknya di bawah Akta ini; dan

(b)

yang menyekat perbuatan berkenaan dengan karyanya yang tidak dibenarkan oleh pemunya yang berkenaan atau yang tidak diizinkan oleh undang-undang.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai jika pemintasan langkah perlindungan teknologi itu adalah—

(a)

semata-mata bagi maksud mencapai operasi salingan suatu program komputer yang dicipta secara berasingan dengan program asal atau mana-mana program lain;

(b)

semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan menganalisis kecacatan dan perihal mudahnya diserang teknologi penyulitan;

(c)

semata-mata bagi maksud menguji, menyiasat atau membetulkan keselamatan komputer, sistem komputer atau rangkaian komputer;

(d)

semata-mata bagi maksud mengenal pasti dan melumpuhkan suatu keupayaan yang tidak terzahir untuk mengumpul atau menyebarkan maklumat pengenalan peribadi mengenai aktiviti atas talian orang sebenar;

Hak Cipta 73

(e)

berhubungan dengan apa-apa perbuatan yang mematuhi undang-undang, semata-mata bagi maksud—

(i)

penguatkuasaan undang-undang;

(ii)

keselamatan negara; atau

(iii)

pelaksanaan suatu fungsi statutori;

(f)

dibuat oleh perpustakaan, arkib atau institusi pendidikan semata-mata bagi maksud membuat keputusan mengenai pemerolehan berhubungan dengan suatu karya yang dalamnya wujud hak cipta; atau

(g)

dibuat oleh suatu entiti yang diberi kuasa atau orang dengan ketidakupayaan cetakan itu sendiri atau mana-mana orang lain yang bertindak bagi pihaknya termasuk pemberi jagaannya, bagi kegunaan eksklusif orang dengan ketidakupayaan cetakan, semata-mata bagi maksud—

(i)

membuat dan mengeluarkan salinan apa-apa karya ke dalam salinan format boleh akses; atau

(ii)

mengedarkan atau menjadikan tersedia salinan apa-apa karya dalam salinan format boleh akses.

(3)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

membuat untuk dijual atau disewakan;

(b)

mengimport selain untuk penggunaan persendirian dan domestik; atau

(c)

dalam perjalanan urusan—

(i)

menjual atau menyewakan;

(ii)

menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan;

(iii)

mengiklankan untuk dijual atau disewakan;

74

Undang-Undang Malaysia

(iv)

memiliki; atau

(v)

mengedarkan;

(d)

mengedarkan bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau

(e)

menawarkan kepada awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan berhubungan dengan, apa-apa teknologi, alat atau komponen yang—

(A)

dipromosikan, diiklankan atau dipasarkan bagi maksud memintasi langkah perlindungan teknologi;

(B)

mempunyai maksud atau kegunaan komersial penting yang terhad selain untuk memintasi langkah perlindungan teknologi; atau

(C)

direka, dikeluarkan, diadaptasi atau dipersembahkan terutamanya bagi maksud untuk membolehkan atau memudahkan pemintasan langkah perlindungan teknologi.

(4)

Menteri boleh menetapkan apa-apa teknologi, alat atau komponen yang boleh dikendalikan sebagai suatu langkah perlindungan teknologi untuk dikecualikan daripada pemakaian seksyen ini.

Maklumat pengurusan hak