Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(a)
suatu perintah injunksi;
76
Undang-Undang Malaysia
(b)
ganti rugi;
(c)
suatu akaun keuntungan;
(d)
ganti rugi statutori yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi setiap karya, tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit pada agregatnya; atau
(e)
apa-apa perintah lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), semua relief boleh didapati oleh plaintif dalam sesuatu tindakan di bawah subseksyen 36A(3) kecuali ganti rugi statutori.
(3)
Dalam membuat sesuatu award di bawah perenggan (1)(b), mahkamah boleh juga membuat perintah di bawah perenggan (1)(c)
bagi suatu akaun apa-apa keuntungan yang boleh dikaitkan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu yang tidak diambil kira dalam mengira ganti rugi.
(4)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), jenis relief yang disebut dalam perenggan (1)(b), (c)
dan (d) adalah berbeza sama sekali.
(5)
Bagi maksud perenggan (1)(d), semua bahagian sesuatu karya kolektif hendaklah dikira sebagai satu karya.
(6)
Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini telah dipastikan bahawa suatu pelanggaran atau perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B telah dilakukan tetapi juga telah dipastikan bahawa pada masa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dilakukan defendan tidak menyedari, dan tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki, bahawa perbuatan itu ialah suatu pelanggaran hak cipta atau dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B, plaintif tidaklah berhak di bawah seksyen ini kepada apa-apa ganti rugi terhadap defendan berkenaan dengan pelanggaran atau perbuatan yang dilarang yang dilakukan itu, tetapi hendaklah berhak kepada suatu akaun keuntungan atau ganti rugi statutori sama ada apa-apa relief lain diberikan atau tidak di bawah seksyen ini.
Hak Cipta 77
(7)
Jika dalam sesuatu tindakan di bawah seksyen ini pelanggaran hak cipta atau pelakuan perbuatan yang dilarang di bawah seksyen 36A atau 36B dipastikan, mahkamah boleh, dalam menilai ganti rugi bagi pelanggaran atau pelakuan perbuatan yang dilarang itu, mengaward apa-apa ganti rugi tambahan yang difikirkannya patut dalam hal keadaan itu jika ia berpuas hati bahawa adalah patut untuk berbuat demikian dengan mengambil kira—
(a)
bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan;
(b)
apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu; dan
(c)
semua perkara lain yang berkaitan.
(8)
Dalam mengaward ganti rugi statutori di bawah perenggan (1)(d), mahkamah hendaklah mengambil kira—
(a)
sifat dan maksud perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu, termasuk sama ada perbuatan yang melanggar atau perbuatan yang dilarang itu bersifat komersial atau selainnya;
(b)
bahawa pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu dibuat secara terang-terangan;
(c)
sama ada defendan bertindak dengan niat jahat;
(d)
apa-apa kerugian yang dialami oleh plaintif atau berkemungkinan akan dialami oleh plaintif oleh sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu;
(e)
apa-apa faedah yang dibuktikan sebagai telah terakru kepada defendan atas sebab pelanggaran atau perbuatan yang dilarang itu;
(f)
kelakuan pihak-pihak sebelum dan semasa prosiding;
(g)
keperluan untuk menghalang pelanggaran atau perbuatan yang dilarang lain yang serupa; dan 78
Undang-Undang Malaysia
(h)
semua perkara lain yang berkaitan.
(9)
Injunksi tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa prosiding di bawah seksyen ini jika ia menghendaki sesuatu bangunan yang sudah siap atau sebahagiannya sudah dibina diruntuhkan atau menahan sesuatu bangunan yang sebahagiannya sudah dibina daripada disiapkan.
(10)
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 38—
(a)
“tindakan” termasuklah tuntutan balas, dan sebutan mengenai plaintif dan mengenai defendan dalam sesuatu tindakan hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
(b)
“karya kolektif” ertinya suatu karya yang dalamnya bahan yang berkaitan, yang setiap satunya merupakan karya yang berasingan dan tersendiri, dikumpulkan menjadi suatu karya lengkap secara kolektif; dan
(c)
“mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi yang berkenaan di
Malaysia.
(11)
Bagi maksud seksyen ini, “pemunya hak cipta” ertinya pemunya pertama atau pemegang serah hak bahagian hak cipta yang berkaitan itu.
Prosiding dalam hal hak cipta yang tertakluk pada lesen eksklusif