Malaysia legislation
Section 38
Seksyen 38
(2)
Tertakluk pada seksyen ini, pemegang lesen eksklusif hendaklah (kecuali terhadap pemunya hak cipta itu) mempunyai hak bertindak yang sama dan hendaklah berhak kepada remedi yang sama, di bawah seksyen 37, seolah-olah lesen itu adalah suatu penyerahhakan, dan hak dan remedi itu hendaklah sama dengan hak dan remedi pemunya hak cipta itu di bawah seksyen itu.
Hak Cipta 79
(3)
Jika sesuatu tindakan diambil sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif itu, dan tindakan itu, setakat mana ia diambil di bawah seksyen 37, berkaitan (keseluruhannya atau sebahagiannya) dengan sesuatu pelanggaran yang berkenaan dengannya kedua-duanya mempunyai hak bertindak yang sama di bawah seksyen itu, pemunya atau pemegang lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah berhak, kecuali dengan izin mahkamah, untuk meneruskan tindakan, setakat mana ia diambil di bawah seksyen itu dan berkaitan dengan pelanggaran itu, melainkan jika pihak yang lain itu sama ada dicantumkan sebagai plaintif dalam tindakan itu atau ditambah sebagai defendan: tetapi subseksyen ini tidaklah menjejaskan pemberian injunksi interlokutori atas permohonan salah seorang daripada mereka.
(4)
Dalam mana-mana tindakan yang diambil oleh pemegang lesen eksklusif menurut kuasa seksyen ini, apa-apa pembelaan, yang sepatutnya ada pada defendan dalam tindakan itu, jika seksyen ini telah tidak diperbuat dan tindakan telah diambil oleh pemunya hak cipta itu, hendaklah tersedia bagi defendan dalam tindakan ini terhadap pemegang lesen eksklusif itu.
(5)
Jika sesuatu tindakan diambil dalam hal keadaaan yang disebut dalam subseksyen (3) dan pemunya hak cipta dan pemegang lesen eksklusif itu bukan plaintif dalam tindakan itu, mahkamah, dalam mentaksir ganti rugi berkenaan dengan mana-mana pelanggaran sebagaimana disebut dalam subseksyen tersebut—
(a)
jika plaintif adalah pemegang lesen eksklusif, akan mengambil kira apa-apa liabiliti (berkenaan dengan royalti atau selainnya) yang kepadanya lesen itu tertakluk; dan
(b)
sama ada plaintif adalah pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif, hendaklah mengambil kira apa-apa remedi kewangan yang diawardkan kepada pihak yang satu lagi di bawah seksyen 37 berkenaan dengan pelanggaran itu, atau, mengikut kehendak keadaan, hak bertindak yang boleh dijalankan terhadap pihak yang satu lagi di bawah seksyen itu berkenaan dengan pelanggaran itu.
(6)
Jika sesuatu tindakan, setakat mana ia dibawa di bawah seksyen 37, berkaitan (keseluruhannya atau sebahagiannya) dengan suatu pelanggaran yang berkenaan dengannya pemunya hak cipta dan
80
Undang-Undang Malaysia pemegang lesen eksklusif itu mempunyai hak bertindak yang sama di bawah seskyen itu, dan dalam seksyen itu (sama ada kedua-dua mereka adalah pihak kepadanya atau tidak) suatu akaun keuntungan telah diarahkan untuk diambil berkenaan dengan pelanggaran itu, maka tertakluk pada apa-apa perjanjian yang ada dalam pengetahuan mahkamah di mana penggunaan keuntungan itu ditentukan di antara pemunya hak cipta dan pemegang lesen eksklusif, mahkamah akan membahagikan keuntungan antara mereka sebagaimana yang difikirkan adil dan akan memberi apa-apa arahan sebagaimana yang disifatkannya patut untuk memberi efek kepada pembahagian itu.
(7)
Dalam sesuatu tindakan yang diambil sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif—
(a)
tiada penghakiman atau perintah untuk pembayaran ganti rugi atau ganti rugi statutori berkenaan dengan suatu pelanggaran hak cipta boleh diberi atau dibuat di bawah seksyen 37, jika penghakiman atau perintah muktamad telah diberi atau dibuat mengaward suatu akaun keuntungan kepada pihak yang lain di bawah seksyen tersebut berkenaan dengan pelanggaran yang sama; dan
(b)
tiada penghakiman atau perintah untuk suatu akaun keuntungan berkenaan dengan pelanggaran hak cipta akan diberi atau dibuat di bawah seksyen tersebut, jika suatu penghakiman atau perintah muktamad telah diberi atau dibuat mengaward sama ada ganti rugi, ganti rugi statutori atau suatu akaun keuntungan kepada pihak yang satu lagi di bawah seksyen itu berkenaan dengan pelanggaran yang sama.
(8)
Jika dalam sesuatu tindakan yang diambil dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (3), sama ada oleh pemunya hak cipta atau pemegang lesen eksklusif, pihak yang satu lagi tidak dicantum sebagai plaintif (sama ada pada permulaan tindakan atau selepasnya)
tetapi ditambah sebagai defendan, dia tidak boleh dikenakan apa-apa kos dalam tindakan itu melainkan dia memasukkan kehadiran dan mengambil bahagian dalam prosiding itu.
(9)
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan—
Hak Cipta 81
“jika lesen itu adalah penyerahhakan” ertinya jika, sebagai ganti kepada lesen itu, suatu penyerahhakan hak cipta telah diberi, (tertakluk pada terma dan syarat dengan seberapa hampir yang boleh sama dengan terma dan syarat yang tertakluk padanya lesen itu telah diberi)
berkenaan dengan permohonannya untuk melakukan, di tempat dan pada masa yang dibenarkan oleh lesen itu, perbuatan yang dibenarkan sedemikian;
“lesen eksklusif” ertinya lesen yang ditandatangani oleh atau bagi pihak seseorang pemunya atau bakal pemunya hak cipta membenarkan pemegang lesen itu dengan mengecualikan mana-mana orang lain, untuk menjalankan suatu hak yang menurut kuasa Akta ini
(selain daripada lesen itu) boleh dijalankan secara eksklusif oleh pemunya hak cipta itu; dan “pemegang lesen eksklusif” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“pihak yang satu lagi”, berhubungan dengan pemunya hak cipta, ertinya pemegang lesen eksklusif itu dan berhubungan dengan pemegang lesen eksklusif, ertinya pemunya hak cipta itu.
Sekatan ke atas pengimportan salinan langgaran