Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(1A)
Permohonan di bawah subseksyen (1)—
(a)
hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan;
(b)
hendaklah menyatakan yang orang yang dinamakan di dalamnya adalah pemunya hak cipta itu; dan
(c)
hendaklah disokong oleh apa-apa dokumen dan maklumat, dan disertai dengan fi, sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Seksyen ini hendaklah terpakai kepada mana-mana salinan sesuatu karya yang dibuat di luar Malaysia yang pembuatannya
82
Undang-Undang Malaysia dijalankan tanpa persetujuan atau lesen pemunya hak cipta dalam karya itu.
(2A)
Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1),
Pengawal hendaklah memutuskan permohonan itu dan Pengawal hendaklah dalam tempoh yang munasabah memberitahu pemohon dengan notis bertulis sama ada permohonan itu diluluskan dan menyatakan tempoh salinan itu akan dianggap sebagai salinan langgaran.
(3)
Jika permohonan itu diluluskan oleh Pengawal berkenaan dengan sesuatu karya dan permohonan itu tidak ditarik balik, pengimportan apa-apa salinan langgaran ke dalam Malaysia sepanjang tempoh yang dinyatakan dalam notis Pengawal itu adalah dilarang:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi pengimportan apa-apa salinan oleh seseorang bagi kegunaan persendirian dan domestiknya.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1082).
(5)
Pengawal hendaklah menghendaki mana-mana orang yang membuat permohonan di bawah subseksyen (1)—
(a)
supaya mendepositkan cagaran yang pada pendapat
Pengawal adalah mencukupi untuk membayar ganti
Kerajaan bagi apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung berikutan dengan penahanan pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis
Pengawal itu apa-apa salinan langgaran atau berikutan dengan apa-apa jua yang dilakukan berhubungan dengan salinan yang ditahan itu; dan
(b)
sama ada atau tidak cagaran diberikan, supaya sentiasa mengganti rugi Pengawal terhadap apa-apa liabiliti atau perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (a).
(6)
Mana-mana Penolong Pengawal, pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau mana-mana pegawai
Kastam, dengan atau tanpa permohonan di bawah subseksyen (1), boleh mencari dan menyita mana-mana salinan langgaran yang dilarang daripada diimport ke dalam Malaysia.
Hak Cipta 83
(7)
Apabila mana-mana salinan langgaran disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita hendaklah dengan segera memberi notis bertulis mengenai penyitaan itu dan alasannya kepada pemunya salinan langgaran jika diketahui, sama ada dengan sendiri menyerahkan notis itu kepadanya atau dengan pos di tempat kediamannya, jika diketahui:
Dengan syarat bahawa notis tersebut tidaklah dikehendaki diberi jika penyitaan dibuat pada orang itu atau di hadapan pesalah atau pemunya atau ejennya, atau dalam hal suatu vesel atau kapal udara, di hadapan nakhoda atau juruterbangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(8)
Salinan langgaran boleh kena dirampas seolah-olah ia barang larangan di bawah undang-undang berhubungan dengan Kastam.
(9)
Menteri boleh membuat peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud seksyen ini.
Pemakaian seksyen 36, 37, 38 dan 39 bagi hak pelaku