Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bangunan” termasuklah apa-apa binaan tetap, dan sebahagian daripada bangunan atau binaan tetap;
“bentuk bahan”, berhubungan dengan suatu karya atau suatu karya terbitan, termasuklah apa-apa bentuk penyimpanan (sama ada boleh dilihat atau tidak) yang daripadanya karya atau karya terbitan itu, atau sebahagian besar daripada karya atau karya terbitan itu, boleh dikeluarkan semula;
“entiti yang diberi kuasa” ertinya suatu entiti yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 13(2c);
“filem” ertinya apa-apa penetapan suatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lut cahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan—
(a)
ditunjukkan sebagai gambar bergerak; atau
Hak Cipta 11
(b)
dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lut cahaya atau tidak supaya dengan menggunakan bahan itu ia boleh ditunjukkan sedemikian, dan termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu runut bunyi yang berkaitan dengan suatu filem;
“fotograf” ertinya suatu perekodan cahaya atau sinaran lain pada apa-apa bahantara yang padanya suatu imej dihasilkan atau yang daripadanya suatu imej boleh dengan apa-apa cara dihasilkan, dan yang bukan sebahagian filem;
“hak cipta” ertinya hak cipta di bawah Akta ini;
“hak cipta masa depan” ertinya hak cipta yang akan atau mungkin wujud berkenaan dengan apa-apa karya atau kelas karya atau hal perkara lain masa depan, atau apabila mana-mana peruntukan Akta ini mula berkuat kuasa, atau dalam sesuatu peristiwa di masa depan;
“hak pelaku” ertinya hak pelaku di bawah Akta ini;
“hari berkaitan” ertinya Hari Merdeka berkenaan dengan Malaysia
Barat dan Hari Malaysia berkenaan dengan Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan;
“institusi pelajaran” hendaklah mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Pelajaran 1961;
“karya muzik” ertinya apa-apa karya muzik, dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik;
“karya ciptaan bersama” ertinya karya yang dikeluarkan dengan kerjasama dua orang pencipta atau lebih dalam mana sumbangan tiap-tiap seorang pencipta itu tidak boleh terpisah daripada sumbangan pencipta atau pencipta-pencipta lain itu;
“karya grafik” termasuklah—
(a)
apa-apa lukisan cat, lukisan, rajah, peta, carta atau pelan; dan
(b)
apa-apa ukir pahat, ecing, litograf, ukir kayu atau karya seumpamanya;
12
Undang-Undang Malaysia
“karya sastera” termasuklah—
(a)
novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lain;
(b)
lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomim;
(c)
treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
(d)
ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
(e)
surat, laporan dan memorandum;
(f)
syarahan, ucapan, khutbah dan karya lain yang sama sifatnya;
(g)
jadual atau penyusunan, sama ada atau tidak dinyatakan dalam perkataan, angka atau simbol dan sama ada atau tidak dalam bentuk yang tampak; dan
(h)
program komputer, tetapi tidak termasuk teks rasmi Kerajaan atau badan berkanun, yang bersifat perundangan atau peraturan, atau keputusan kehakiman, atau ucapan politik dan debat politik, atau ucapan yang diberikan dalam perjalanan prosiding undang-undang, dan terjemahan rasminya;
“karya seni” ertinya—
(a)
karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira kualiti seni;
(b)
karya seni bina dalam bentuk bangunan atau model bagi bangunan; atau
(c)
karya pertukangan seni, tetapi tidak termasuk reka bentuk susun atur mengikut pengertian Akta
Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 [Akta 601];
Hak Cipta 13
“karya terbitan” ertinya karya yang disebut dalam perenggan 8(1)(a)
dan (b);
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana
Negeri;
“langkah perlindungan teknologi” ertinya apa-apa teknologi, alat atau komponen yang, dalam pengendalian biasanya, menghalang atau mengehad secara berkesan pelakuan apa-apa perbuatan yang mengakibatkan suatu pelanggaran hak cipta mengenai sesuatu karya;
“lesen” ertinya lesen yang diberi dengan sahnya secara bertulis, yang membenarkan perlakuan sesuatu perbuatan yang dikawal oleh hak cipta;
“manuskrip”, berhubungan dengan sesuatu karya, ertinya dokumen asal yang mengandungi karya itu, sama ada ditulis dengan tangan atau tidak;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek;
“orang berkelayakan”,—
(a)
berhubungan dengan seseorang individu, ertinya seseorang warganegara Malaysia, atau seseorang pemastautin tetap di
Malaysia; dan
(b)
berhubungan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan, ertinya pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di Malaysia dan diperbadankan atau diberikan keperibadian undang-undang di bawah undang-undang Malaysia;
“orang dengan ketidakupayaan cetakan” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai orang kurang upaya di bawah Akta Orang Kurang
Upaya 2008 [Akta 685] yang—
(a)
buta;
(b)
kurang penglihatan atau mempunyai ketidakupayaan pengamatan atau tidak berupaya membaca yang tidak boleh diperbaiki untuk memberikan fungsi penglihatan yang secara
14
Undang-Undang Malaysia substantifnya setara dengan seseorang yang tidak mempunyai kekurangan atau ketidakupayaan itu, dan disebabkan kekurangan atau ketidakupayaan itu tidak dapat membaca karya yang bercetak pada tahap yang secara substantifnya sama dengan seseorang yang tidak mempunyai kekurangan atau ketidakupayaan itu; atau
(c)
tidak boleh memegang atau memanipulasi buku atau memberi tumpuan atau menggerakkan mata, pada takat yang biasanya boleh diterima untuk membaca disebabkan ketidakupayaan fizikal;
“organisasi pengurusan kolektif” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diisytiharkan sebagai organisasi pengurusan kolektif di bawah seksyen 27A;
“pelaku” ertinya seorang pelakon, penyanyi, pemuzik, penari atau mana-mana orang yang berlakon, menyanyi, menyampaikan, mendeklamasi, memainkan, menginterpretasi, atau selainnya membuat suatu persembahan;
“pencipta”—
(a)
berhubungan dengan karya sastera, ertinya penulis atau pembuat karya itu;
(b)
berhubungan dengan karya muzik, ertinya penggubah;
(c)
berhubungan dengan karya seni selain fotografi, ertinya seniman;
(d)
berhubungan dengan fotograf, ertinya orang yang olehnya perkiraan untuk mengambil fotograf itu dibuat;
(e)
berhubungan dengan filem atau rakaman bunyi, ertinya orang yang olehnya perkiraan untuk membuat filem atau rakaman itu dibuat;
(f)
berhubungan dengan siaran yang dipancarkan dari dalam mana-mana negara, ertinya—
Hak Cipta 15
(i)
orang yang memancarkan rancangan itu, jika dia bertanggungjawab bagi pemilihan kandungannya;
atau
(ii)
mana-mana orang yang mengadakan rancangan itu yang membuat perkiraan yang perlu dengan orang yang memancarkannya untuk pemancarannya;
(g)
berhubungan dengan apa-apa hal lain, ertinya orang yang membuat karya itu;
“penetapan”
ertinya pergandungan bunyi, gambaran atau kedua-duanya dalam bentuk bahan yang cukup kekal atau tetap untuk membolehkan bunyi, gambaran atau kedua-duanya, atau perlambangannya didengar atau dilihat, dikeluarkan semula atau selainnya disampaikan sepanjang tempoh lebih daripada jangka masa sementara dengan menggunakan suatu alat;
“Pengawal” ertinya Pengawal Hak Cipta yang ditetapkan dalam subseksyen 5(1);
“pengeluaran semula” ertinya pembuatan satu salinan atau lebih sesuatu karya dalam apa-apa bentuk atau versi, dan berhubungan dengan suatu karya seni termasuklah pembuatan salinan suatu karya dua dimensi dalam tiga dimensi dan pembuatan salinan suatu karya tiga dimensi dalam dua dimensi, dan “mengeluarkan semula”
hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“penyampaian kepada orang awam” ertinya pemancaran sesuatu karya atau persembahan melalui cara wayar atau wayarles kepada orang awam, termasuk menjadikan sesuatu karya atau persembahan itu tersedia kepada orang awam dengan cara yang melaluinya orang awam itu boleh mendapatkan akses kepada karya atau persembahan itu dari suatu tempat dan pada masa yang masing-masing dipilih oleh mereka;
“Penolong Pengawal” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pengawal di bawah subseksyen 5(2) atau (3);
“penyesuaian” termasuklah mana-mana yang berikut, iaitu—
16
Undang-Undang Malaysia
(a)
berhubungan dengan sesuatu karya sastera, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain)
dalam mana karya itu ditukar menjadi karya drama;
(b)
berhubungan dengan sesuatu karya drama, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain)
dalam mana karya itu ditukar menjadi karya sastera;
(c)
berhubungan dengan sesuatu karya sastera atau karya drama—
(i)
suatu terjemahan karya itu;
(ii)
suatu versi karya itu dalam mana cerita atau gerak geri disampaikan keseluruhannya atau sebahagian besarnya melalui gambar dalam suatu bentuk yang sesuai untuk pengeluaran semula dalam buku, surat khabar, majalah, atau majalah berkala yang seumpamanya;
(d)
berhubungan dengan sesuatu karya sastera dalam bentuk program komputer, suatu versi karya itu, sama ada dalam bahasa, kod atau tatatanda dalam mana karya itu dilahirkan pada asalnya yang bukannya suatu pengeluaran semula karya itu;
(e)
berhubungan dengan sesuatu karya muzik, suatu gubahan atau transkripsi karya itu;
(f)
berhubungan dengan sesuatu karya sastera atau seni, suatu versi karya itu (sama ada dalam bahasa asalnya atau dalam bahasa lain) dalam mana karya itu ditukar menjadi filem;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002
[Akta 617];
“perkhidmatan penyiaran” ertinya mana-mana perkhidmatan siaran radio atau televisyen yang dikendalikan di bawah arahan dan kawalan am atau di bawah lesen Kerajaan di mana-mana bahagian Malaysia;
Hak Cipta 17
“persembahan”—
(a)
termasuklah—
(i)
persembahan karya drama, atau sebahagian daripada karya itu, termasuk sesuatu persembahan sedemikian yang dibuat dengan menggunakan boneka, atau persembahan karya drama yang dibuat secara spontan;
(ii)
persembahan karya muzik atau sebahagian daripada karya itu, atau persembahan karya muzik yang dibuat secara spontan;
(iii)
pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera, atau sebahagian daripada karya itu, atau pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera yang dibuat secara spontan;
(iv)
persembahan tarian;
(v)
persembahan lakonan sarkas atau lakonan aneka ragam atau apa-apa tontonan atau pertunjukan seumpamanya; atau
(vi)
persembahan berhubungan dengan pengungkapan cerita rakyat, yang disampaikan secara langsung oleh seorang atau lebih di
Malaysia, sama ada di hadapan penonton atau selainnya;
tetapi
(b)
tidak termasuk—
(i)
apa-apa pembacaan, pengucapan atau penyampaian apa-apa bahan berita atau maklumat;
(ii)
apa-apa persembahan sesuatu aktiviti sukan; atau
(iii)
penyertaan dalam sesuatu persembahan oleh penonton;
18
Undang-Undang Malaysia
“premis” ertinya apa-apa tempat, yang tidak bergerak atau sebaliknya, yang ditubuhkan atau didirikan oleh mana-mana orang, sama ada tempat itu dengan atau tanpa kepungan, dan termasuklah juga kenderaan, kapal udara, kapal dan apa-apa vesel lain;
“program komputer” ertinya suatu ungkapan, dalam apa-apa bahasa, kod atau tatatanda bagi suatu set arahan (sama ada dengan atau tanpa maklumat berkaitan) dengan niat untuk menyebabkan suatu alat yang mempunyai kebolehan pemprosesan maklumat untuk melakukan suatu fungsi tertentu sama ada secara langsung atau selepas salah satu atau kedua-dua perkara berikut:
(a)
penukaran ke bahasa, kod atau tatatanda lain;
(b)
pengeluaran semula dalam bentuk bahan yang lain;
“rakaman” ertinya rakaman bunyi atau filem, selain sesuatu rakaman yang dibuat di bawah subseksyen 16A(3);
“rakaman bunyi” ertinya apa-apa penetapan siri bunyi atau suatu perlambangan bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem;
“salinan” ertinya pengeluaran semula sesuatu karya dalam bentuk tulisan, dalam bentuk rakaman atau filem, atau dalam apa-apa bentuk bahan lain;
“salinan format boleh akses” ertinya salinan suatu karya dalam cara atau bentuk alternatif yang memberikan orang dengan ketidakupayaan cetakan akses kepada karya itu termasuk untuk membenarkan orang dengan ketidakupayaan cetakan mempunyai akses yang sesuai dan selesa sebagaimana seseorang tanpa ketidakupayaan itu bagi kegunaan eksklusifnya;
“salinan langgaran”—
(a)
berhubungan dengan hak cipta, ertinya apa-apa pengeluaran semula apa-apa karya yang layak mendapat hak cipta di bawah Akta ini yang pembuatannya menjadi suatu pelanggaran hak cipta mengenai karya itu atau, dalam hal apa-apa artikel yang diimport ke dalam Malaysia tanpa
Hak Cipta 19
persetujuan pemunya hak cipta, yang pembuatannya dijalankan tanpa persetujuan pemunya hak cipta itu;
(b)
berhubungan dengan hak pelaku, ertinya apa-apa pengeluaran semula apa-apa rakaman sesuatu persembahan, yang pembuatannya menjadi suatu pelanggaran hak pelaku atau, dalam hal apa-apa rakaman yang diimport ke dalam
Malaysia tanpa persetujuan pelakunya, yang pembuatannya dijalankan tanpa persetujuan pelaku itu;
“seni ukir” termasuklah suatu acuan atau model yang dibuat bagi maksud sesuatu seni ukir;
“siaran” ertinya pemancaran, melalui cara wayar atau wayarles, akan imej tampak, bunyi atau maklumat yang lain yang—
(a)
boleh diterima dengan sahnya oleh orang awam; atau
(b)
dipancarkan bagi persembahan kepada orang awam, dan termasuklah pemancaran isyarat penyulitan jika cara untuk penyahsulitan disediakan kepada orang awam oleh perkhidmatan penyiaran atau dengan persetujuannya;
“siaran semula” ertinya siaran serentak atau siaran kemudian oleh satu perkhidmatan penyiaran akan siaran suatu perkhidmatan penyiaran lain, sama ada terletak dalam Malaysia atau di luar negeri, dan termasuklah penyebaran siaran itu melalui wayar, dan “penyiaran semula” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“skim pelesenan” ertinya suatu skim (termasuk apa-apa jua yang bersifat seperti suatu skim, sama ada diperihalkan sebagai suatu skim atau sebagai suatu tarif atau dengan apa-apa nama lain) yang menyatakan—
(a)
kelas hal yang dalamnya pengendali skim itu, atau orang yang bagi pihaknya pengendali itu bertindak, bersedia memberi lesen hak cipta; dan
(b)
terma yang atasnya lesen akan diberi dalam kelas kes itu;
20
Undang-Undang Malaysia
“tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perbadanan Harta
Intelek Malaysia 2002;
“Timbalan Pengawal” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pengawal di bawah subseksyen 5(2) atau (3);
“Tribunal” ertinya Tribunal Hak Cipta yang ditubuhkan di bawah seksyen 28; dan
“warganegara” termasuklah seseorang yang, sekiranya dia masih hidup pada hari berkaitan, adalah layak menjadi warganegara di bawah
Perlembagaan Persekutuan.
Penerbitan