Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA HAKCIPTA 1987

Seksyen 40

Salinan sokong program komputer

(a)

pengeluaran semula itu dibuat oleh, atau bagi pihak, pemunya salinan itu (dalam seksyen ini disebut “salinan asal”) dari mana pengeluaran semula itu dibuat; dan

(b)

pengeluaran semula itu dibuat bagi maksud digunakan, oleh atau bagi pihak pemunya salinan asal sahaja, sebagai ganti salinan asal jika salinan asal itu hilang, musnah atau telah tidak digunakan.

84

Undang-Undang Malaysia

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pembuatan suatu pengeluaran semula program komputer, atau suatu penyesuaian program komputer itu—

(a)

dari salinan langgaran program komputer itu; atau

(b)

berlawanan dengan arahan nyata oleh atau bagi pihak pemunya hak cipta mengenai program komputer yang diberi kepada pemunya salinan asal tidak lewat dari masa bila pemunya salinan asal itu memperoleh salinan asal itu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

sebutan mengenai suatu salinan program komputer atau suatu penyesuaian program komputer adalah sebutan mengenai apa-apa artikel dalam mana program komputer atau penyesuaian itu dikeluarkan semula dalam bentuk material; dan

(b)

sebutan mengenai arahan nyata, berhubungan dengan suatu salinan program komputer atau suatu penyesuaian program komputer, termasuklah sebutan mengenai arahan yang mudah dibaca yang dicetak atas salinan atau atas bungkusan yang di dalamnya salinan itu dibekalkan.

Kesalahan